Tuesday, July 16, 2013

Alhamdulillah...

Alhamdulillah..dengan izin Allah, sudah 7 hari kita umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Elakkan amalan membazir. Sepanjang 7 hari berpuasa ini, belum pernah lagi saya menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan. Sekadar membeli sedikit juadah kuih-muih di pejabat untuk dijadikan santapan berbuka puasa. Sudah agak, agak, agak lama tidak mengemaskini blog saya ini. Cadangnya sebelum ni memang nak sangat selalu kemaskini tapi keadaan agak kurang mengizinkan. Namun, dengan semangat baru dek hadirnya pemangkin baru ni (ha ha ha), harap-harap dapatlah selalu kemaskini ye. Hajat di hati ingin menjadikan blog-blog terkenal sebagai aspirasi dan inspirasi untuk mempunyai blog yang penuh dengan maklumat. Bila tengok blog kak azlita masam manis, memang teruja sangat nak mencuba semua resepi. Cerita yang disisipkan bersama dengan resepi terbaru memang menarik sekali. Bila lagi nak mengasah bakat dalam arena penulisan, ye tak? Mungkin juga boleh menjadi sumber pendapatan apabila berhenti kerja kelak. Aish..berangan sajalah! Satu soalan, agaknya ada sesiapa yang tahu macamana nak pindahkan semua entri dari blog ni ke blog yang baru? Rasa macam nak tukar "rumah" pula.

Friday, February 15, 2013

I'm back!!

Assalamualaikum dunia blog! Sangat lama tak update ok..dah berapa tahun yek? Since 2009...Aneesa dah lahir 2010 dan sekarang Qayyum pn dah 4 bulan...Qayyum lahir sama dengan birth date Mama. Kalau senang update thru phone ni, In Sha Allah akan rajin update.

Friday, May 01, 2009

Labour Day

1) Ari ni kerja..tapi minggu depan Japan cuti Golden week..leh la ambik Isnin A/L, Selasa Replacement Leave...Selasa plan nak gi spa huhuhuhu..
2) Semalam dapat coklat from EM kat Japan..tapi salu dapat coklat yang ada 動物油脂 atau 洋酒..残念でした!Dah la dah distribute kat teammates lak tu...cecepat antar sms kata jangan makan...huhuhuhu...
3) Esok plan nak gi shopping..yahhhuuuuu!!

Thursday, April 16, 2009

E-filing

Siap dah submit borang BE.
E-filing je, senang...
Sila jalankan tanggungjawab anda..

Thursday, April 09, 2009

Takde idea...

Hmmmm.hisashiburi ni online from home...

Saturday, February 14, 2009

Weekend

The busiest weekdays had past.
Today is Saturday.
Enjoy!

Tuesday, February 10, 2009

Erina dah besar...

Erina: Mama, Nana dah besar la..Nana nak adik..
Mama: Gulp!...

Wednesday, February 04, 2009

Greeting card

Dengan rajinnya saya ari ni menempekkan greeting card yang telah ditempekkan di blog kak hani. TQ :)

Erina went to school..

Erina sejak pindah last Sept 08, dia dah masuk kindergarten cum child care. Senang lepas abis school leh stay kat tempat yang sama sampai kitorang ambik dia. Takyah susah-susah dia nak kena naik van gi child care lain lak lepas school. Budak umur 3 tahun, susah nak lepaskan independence sangat macam tu..

Memula school tu payah gak. Sampai school je nangis. Ada la dalam seminggu dua macam tu. But better la dari sebelum ni.

Lepas pindah, penah sekali kami antar kat satu nursery ni dekat dengan umah. Situ semata-mata pusat jagaan. Yang aku concern sapa yang masak. Owner nursery tu cakap helper dia semua melayu. Tapi aku nengok rupa macam Indon. Sah lah owner ni pelik skit. Penipu. Erina lak ari2 balik umah nangis jugak. Merengek je sambil cakap takmo pegi nursery yang tu. Owner ni duduk KL sebenarnye. Weekdays je duduk Seremban, pasal bukak nursery kat Seremban. Aku kan keje KL, balik confirm sampai kul 7pm ke atas. Owner ni setiap Jumaat nak balik KL. Jumaat tu, aku sampai dekat kul 7. Owner dah siap kunci pintu umah. Pintu pagar dah siap bukak. Anak aku dah dalam kereta dia. Stand by tunggu aku balik je. Appa raa..tak sabar2.

Balik umah aku check botol susu Erina. Mak aiii..berlumut..aku nak bagi anak aku minum pakai botol tu pun tak sanggup walau dah basuh. Ntah berbagai jenis bakteria dah masuk dalam badan anak aku 5 ari botol tu tinggal kat nursery. Eeeiiii...

Seminggu je cukup la Erina duk situ. Kesian dia..padan la merengek je..Sabtu tu, terus kitorang register Erina kat school yang skang ni..So far takde problem..Kawan dia pun ramai dah. Development pun ada. Hopefully by end of this year dah pandai membaca :)

Sunday, June 15, 2008

Teambuilding...

Last Wed & Thu teambuilding kat sini.

Letih sebab schedule sangat la fullnya. Bestnye dapat merasa buat 120meter "Flying Fox". Dari bukit yang tak berapa tinggi terus nampak the view of Blue Lagoon beach. Rasa menyesal pulak tutup mata. Hahaha...

Before that, main "Pole". Lebih kurang tiang besar/ kecik skit dari kayu balak berukuran 4-5 meter tinggi kot?? Taktau tinggi mane sebenarnye tapi sangat tinggi. Masa panjat tak rasa apa, bila dah sampai ke puncak tiang, menggigil jugak kaki ni. Slow-slow kaki kanan memanjat, sebelah kiri ikut serta dalam keadaan mencangkung, slow-slow lagi angkat punggung pulak..Tu diaa..tingginyaaaa...macamana nak turun ni??..depan mata ada bola. Patut tangan dua-dua ke depan, lean so that buleh touch bola pink yang tergantung depan mata. Teragak2 jugak nak terjun, last2 lompat katak..rasa macam tak dapat touch the ball. Whatever la, janji I'd touched the land back! Oh ya, kitorang takde la jatuh tergolek ke tanah, sebab safety harness semua ada. 6 orang kat bawah pegang tali..don't worry...it was not so dangerous..

Sabtu depan ke negara matahari terbit lagi, seminggu je. Last month was my husband turn. This month, my turn. Agak-agak Erina cari mama dia tak? Cian dia, uhuk uhuk.

Wednesday, June 04, 2008

Petrol naik RM2.70 seliter! (Entry ke-100)

Hari ni kerajaan umumkan harga petrol naik sebanyak 78sen seliter, naik seringgit untuk diesel. Balik keje singgah P-e-t-r-o-n-a-s, Seremban R&R arah selatan isi full tank walaupun tank masih ada separuh penuh (atau separuh kosong?).

Sampai rumah, tengok B-u-l-e-t-i-n U-t-a-m-a. Bukan saja, harga petrol naik malah tarif elektrik, tarif gas semua akan naik. Uwwaaa...lepas ni harga makanan, minuman, tambang bas, semua akan naik la...percayalah...

Tak kisah la kalau harga subsidi untuk petrol dimansuhkan sedikit demi sedikit. Kerana subsidi untuk bahan bakar adalah sebanyak 28billion ringgit setahun yang mana amaun sebanyak itu adalah sebanyak amaun yang diperlukan untuk pembangunan negara (fakta dari Datuk S-h-a-h-r-i-r melalui BU). Harap fakta ni betul..

Lagipun kita akan diberikan rebat/ subsidi dalam bentuk wang tunai sebanyak 600lebih semasa membuat pembayaran road-tax bermula 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009. Errr..setahun je ke dapat rebat? Dan lagi katanya, subsidi untuk makanan akan ditambah supaya dapat dinikmati oleh setiap rakyat.

Dan lagi...ada berita baik...harga untuk NGV adalah kekal! Apa kata kita ramai-ramai install enjin NGV?? Tak perlu risaukan harga petrol yang setiap tahun naik!

Sunday, May 11, 2008

Hampir siap!!










Ditujukan kepada ibu saya (Hjh Norina Ahmad), my MIL (Pn Fuziah Omar), my SILs, semua kawan-kawan saya yang telah pun menjadi ibu dan semua ibu-ibu di seluruh dunia...

Tuesday, January 22, 2008

Sorry..lama tak updateeee...T_T

1. Name one person who made you laugh last night.
Erina

2. What were you doing at 0800?
Driving

3. What were you doing 30 minutes ago?
Watching TV

4. What happened to you in 2007?
Changed job (2 times within 3 months)

5. What was the last thing you said out loud?
Balik dulu! See you!

6. How many beverages did you have today?
4

7. What color is your hairbrush?
Grey

8. What was the last thing you paid for?
Toll fee

9. Where were you last night?
@ home

10. What color is your front door?
Clear with black tinted

11. Where do you keep your change?
In my purse

12. What’s the weather like today?
Hot

13. What’s the best ice-cream flavor?
Maccha

14. What excites you?
A new home

15. Do you want to cut your hair?
No

16. Are you over the age of 25?
Yes

17. Do you talk a lot?
No

18. Do you watch the O.C.?
No

19. Do you know anyone named Steven?
Yes

20. Do you make up your own words?
Yes

21. Are you a jealous person?
Yes

22. Name a friend whose name starts with the letter ‘A’.
Aisyah

23. Name a friend whose name starts with the letter ‘K’.
Keiko

24. Who’s the first person on your received call list?
Hirman

25. What does the last text message you received say?
I dah ambik Erina

26. Do you chew on your straw?
Yes

27. Do you have curly hair?
No

28. Where’s the next place you’re going to?
Bedroom. It's already 11pm!

29. Who’s the rudest person in your life?
My previous client

30. What was the last thing you ate?
Fruits

31. Will you get married in the future?
No

32. What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?
Golden Compass

33. Is there anyone you like right now?
Yes

34. When was the last time you did the dishes?
Just now

35. Are you currently depressed?
No

36. Did you cry today?
No

37. Why did you answer and post this?
because Coy tagged me and moreover I just didn't have any idea how to update my blog..gegegege

Saturday, October 06, 2007

I have been tagged by

k coy!!

5 things in my bag
1. foldable umbrella
2. purse
3. handphone
4. my spectacle
5. car key

5 things that are in my wallet
1. money
2. I/C
3. driving licence
4. passport photos
5. cards

5 favorite things in my bedroom
1. pair of table lamps
2. wardrobe full of clothes
3. perfumes
4. pillows
5. dressing table

5 things i wish to do
1. renovate my house (bile dah siap nanti le)
2. men"deco" my own house (bile dah siap nanti le)
3. buy new camry 2.0 pun cukup le
4. go holiday once a year with family
5. visit Europe

5 things that i am doing now
1. watching tv
2. doing this "shukudai"
3. waiting my husband come back from buka puasa with customer
4. thinking how to make pudding santan tomorrow
5. drinking vanilla coke

5 people i would like to tag
1. ujen
2. zalie
3. rina
4. tima
5. anie

Sunday, September 30, 2007

Erina 2 years!!


Erina dah 2 tahun!! Lom celebrate lagi cuma beli kek kecik jerk. Goodie bag pun tak buat macam last year. Cuma kami ingat nak celebrate besday erina masa raya nanti. Plan nak buat open house for raya cum celebrate besday si kenit tu. Nanti kita antar jemputan ye kepada mereka2 yang berkaitan.
Citer pasal Erina ni, dulu kemain manja dengan mama dia. Tapi semenjak mama outstation sebulan lebih aritu, dia terlebih manja ngan papa dia pulak. Sumer nak ngan papa. Masa bebaru balik dulu lagi kritikal. Sikat rambut pun nak ngan papa. Sampai rampas le sikat dari tangan mama bagi kat papa. Maklum le papa dia yang jaga masa mama takde. Yoku ganbatta ne papa!

120,000yen

Amaun kat atas tu adalah amaun yang patut kami bayar sebab luggage overweight. Over 37kg!! Cam tak caya. Kami berempat. Economy class sorang patut carry 20kg + extra 5kg total 25kg. While hand luggage buleh bawak 10kg. Barang kami berat sebab memasing bawak laptop (for training purpose le), barang yang sakan dishoppingkan, souvenir etc. Kami ingatkan bile check in dalam group buleh la kawtim, tapi kena bayar 120,000yen lebih kurang RM4k!! Sape nak bayar mahal macam tu. Last2 kami request check in asing-asing. Aku ngan sorang lagi selamat, total luggage cuma 24kg jerk. Hand luggage buleh bawak lagi 10kg. Tapi member lagi 2 orang tu kena bayar jugak. Nak buat camne, bayar je la..tapi at least kurang banyak la dari 120,000yen tu. Sorang kena bayar 10,000yen je lebih kurang 300ringgit.
Alhamdulillah...

Have to leave you...


Terpaksa la tinggalkan dua pasang kasut ni kat Japan. Sebab tapaknya dah haus sangat. Sakan jalan agaknye. Sian depa.

Wednesday, September 12, 2007

Ramadhan

Selamat berpuasa. Semoga amal ibadah kita di bulan Ramadhan yang mulia ini diberkatiNya.

Thursday, September 06, 2007

Taufan no. 9

Ari ni balik umah awal. Big boss bagi balik sebab ribut taufan dah nak datang. Paling teruk kena belah Shizuoka sana. Gunma pun teruk jugak dengar nye. Tokyo pun kena jugak la. Kanagawa pun.

Kalau ribut taufan siap la densha (eletric train), shinkansen, kapal terbang, chika tetsu (subway train) pun tak jalan. Sebab tu big boss suh cabut awal takut kang tak sempat nak kejar transport balik. Kami ni duduk dekat jugak la ngan opis. Kalau jalan kaki 30 minit (good for health), kalau naik teksi 10 minit je dah sampai. Takde kaitan ngan public transport yang disebut di atas tapi kami pun ambik kesempatan balik awal, naik teksi lak tu. Selalunye pegi keje je naik teksi, balik keje kami jalan kaki. Tapi kalau jalan kaki kang, buatnye hujan tengah jalan, pakai payung pun tak de maknanye. Payung pun boleh terbang ditiupkan angin taufan!

Taktau densha ngan subway train tu esok dah buleh gerak ke tak. Kalau tak buleh jugak, confirm besok tak ramai yang datang opis. Harap-harap takde la teruk sangat. Sepanjang duduk kat jepun masa study plus sebulan lebih yang ni, ni la first time dapat balik awal sebab ribut taufan. Dulu2 dengar je la member2 yang duk belah selatan jepun tu kata kelas depa kensel sebab taufan.

Mintak-mintak semuanye selamat. Aminnn