Showing posts with label Erina. Show all posts
Showing posts with label Erina. Show all posts

Tuesday, February 10, 2009

Erina dah besar...

Erina: Mama, Nana dah besar la..Nana nak adik..
Mama: Gulp!...

Wednesday, February 04, 2009

Erina went to school..

Erina sejak pindah last Sept 08, dia dah masuk kindergarten cum child care. Senang lepas abis school leh stay kat tempat yang sama sampai kitorang ambik dia. Takyah susah-susah dia nak kena naik van gi child care lain lak lepas school. Budak umur 3 tahun, susah nak lepaskan independence sangat macam tu..

Memula school tu payah gak. Sampai school je nangis. Ada la dalam seminggu dua macam tu. But better la dari sebelum ni.

Lepas pindah, penah sekali kami antar kat satu nursery ni dekat dengan umah. Situ semata-mata pusat jagaan. Yang aku concern sapa yang masak. Owner nursery tu cakap helper dia semua melayu. Tapi aku nengok rupa macam Indon. Sah lah owner ni pelik skit. Penipu. Erina lak ari2 balik umah nangis jugak. Merengek je sambil cakap takmo pegi nursery yang tu. Owner ni duduk KL sebenarnye. Weekdays je duduk Seremban, pasal bukak nursery kat Seremban. Aku kan keje KL, balik confirm sampai kul 7pm ke atas. Owner ni setiap Jumaat nak balik KL. Jumaat tu, aku sampai dekat kul 7. Owner dah siap kunci pintu umah. Pintu pagar dah siap bukak. Anak aku dah dalam kereta dia. Stand by tunggu aku balik je. Appa raa..tak sabar2.

Balik umah aku check botol susu Erina. Mak aiii..berlumut..aku nak bagi anak aku minum pakai botol tu pun tak sanggup walau dah basuh. Ntah berbagai jenis bakteria dah masuk dalam badan anak aku 5 ari botol tu tinggal kat nursery. Eeeiiii...

Seminggu je cukup la Erina duk situ. Kesian dia..padan la merengek je..Sabtu tu, terus kitorang register Erina kat school yang skang ni..So far takde problem..Kawan dia pun ramai dah. Development pun ada. Hopefully by end of this year dah pandai membaca :)

Sunday, September 30, 2007

Erina 2 years!!


Erina dah 2 tahun!! Lom celebrate lagi cuma beli kek kecik jerk. Goodie bag pun tak buat macam last year. Cuma kami ingat nak celebrate besday erina masa raya nanti. Plan nak buat open house for raya cum celebrate besday si kenit tu. Nanti kita antar jemputan ye kepada mereka2 yang berkaitan.
Citer pasal Erina ni, dulu kemain manja dengan mama dia. Tapi semenjak mama outstation sebulan lebih aritu, dia terlebih manja ngan papa dia pulak. Sumer nak ngan papa. Masa bebaru balik dulu lagi kritikal. Sikat rambut pun nak ngan papa. Sampai rampas le sikat dari tangan mama bagi kat papa. Maklum le papa dia yang jaga masa mama takde. Yoku ganbatta ne papa!

Tuesday, December 05, 2006

Erina & Ken

Gambar Erina masa kecik dengan sepupu dia, Ken Farihin. "Cilok" gambar ni dari Ken's fotopages. Heheheh..

Dulu-dulu (takde la dulu sangat. Erina baru setahun dua bulan) kalau baring/ tidur, Erina suka letak dua tangan dia bawah bantal. Sekarang takde dah buat macam tu. Sekarang bukan main lasak lagi tidurnya.

Bila la Erina nak pandai jalan yerk? Mama tak kira, hujung minggu ni Mama nak beli kasut dia. :)

Thursday, November 02, 2006

Erina Raya in Action


Tuesday, September 26, 2006

Tanjyoubi Omedetou!




To my beloved dearest daughter, Happy 1st Birthday to you!

Friday, September 01, 2006

Kereta merah

Bapaku pulang dari kota

Bapaku belikan kereta

Kereta kecil warna merah

Akan kubawa ke sekolah

Pon pon pon pon pon pon pon pon pon

Kereta kecilku berbunyi

Marilah adik mari kakak

Kita pergi ke rumah nenek

Tuesday, June 27, 2006

Charlie's Angels


Charlie's Angels wan labis bak kata ellie...

Dari kiri: Elliesha Saffiya, Erina Nabilah, Adriana Saffiya.

Elliesha si mulut becok 4 tahun, meeeeemang pandai bercakap. Masa dia umur 2 tahun, dia buleh ingat semua nama bebudak AF2. Paling dia minat Adam la. Siap bukak satu 'opis' la kengkunun dia event management untuk Adam. Paling ingat satu ari, kita tanye dia:
MamaErina: Ellie, bila Adam nak buat konsert?
Ellie: Minggu depan...Ari Sabtu
Mama Erina: Kat mana?
Ellie: Putrajaya...
Mama Erina: Tiket berapa ringgit?
Ellie: 4 tinggit (ringgit)...

Macam-macam la Ellie. Dia suka 'berlakon', rasanye imagination dia tinggi. Dia suppose pegi tadika dah, my bro dah registerkan dia tapi dia pegi tadika beberapa bulan jerk. Skang dia cakap dia dah berenti sekolah, tapi dia janji nak pegi sekolah kat Setapak Garden lepas birthday dia bulan 12 nanti. Mama dia cakap tak buleh berenti lagi. Taktau la kenapa dia takmo pegi tadika, mungkin sebab adik dia lom pegi sekolah, so dia jeles agaknye tengok adik dia tinggal ngan nenek (my SIL side).

Adriana..adik kepada Ellie. My 2nd niece, Erina's 2nd cousin. Adriana tahun ni baru 2 tahun. Dia memang tak banyak cakap. Dia bukan taktau cakap, tapi dia malas agaknya sebab kakak dia, Elliesha banyak sangat cakap. Walaupun tak banyak cakap, dia salu buli kakak dia. Tapi yang bagusnya Elliesha tak balas balik kat adik dia. Bagus la kalau camtu. Sometimes, Adriana baik ati jugak kat Elliesha. Last week, kitorang semua balik kg. My sister ada 2 biji bangku kecik sesuai untuk bebudak tu. Adriana susun bangku tu sebelah menyebelah dan ajak Elliesha duduk. Sooo sweettttt...

Erina ada sorang lagi cousin. Ken Farihin (baby boy) nama dia, sebaya dengan Erina. Baru ni me & dh bagi new nick name kat Ken, 'Kenpa-kun'. Hehehehe..

Macam-macam kerenah dan perangai diorang, buatkan kita tak sabar nak jumpa mereka semula.:-)

Wednesday, May 24, 2006

Kena lagi!!

Kenapa dengan Erina sebenarnya?

Sabtu lepas, kena attack lagi. Kali ni nasib baik dh belum pegi keje lagi. Dia yang berani tengok Erina camana. Mula-mula Erina lembik, no response, pastu mulalah genggam tangan, terus jerking (slowly) dan ketap gusi. Mata pun taktau dah pandang mana (Tonic-Clonic Seizure). Kesian sangat tengok dia macam tu, dia baby lagik. Terus packing barang apa patut and pegi CAMC, Seremban.

Ari tu kena admit pulak. Kena la temankan Erina overnight kat hospital. Buat CT-scan untuk check samada ada brain bleeding, ada tumor etc. Nasib baik Erina tidur. Dr. C suruh cepat-cepat buat scan takut dia jaga nanti dia gerak-gerak pulak. Result CT-Scan dah dapat and confirmed takde problem. Di hospital, Erina takde kena attack pun. Sunday discharged, and Dr. C di CAMC buatkan satu surat untuk refer ke Dr. Sofiah (paediatric neurologist) di SJMC untuk appointment EEG test (Electroencephalogram) aka Brain Wave test.

Monday, 22/05...tengah siap-siap nak pergi keje. Kebetulan mak datang sejak Erina kena attack for the 2nd time. Masa tengah buat susu nak bagi Erina, mak cakap kenapa Erina ni lembik jek. Tiba-tiba je dia kena lagik. Terus tiarapkan dan buat apa yang Dr. Ye pesan masa Erina kena 1st time dulu. Pagi tu terus call opis, mintak cuti 2 ari. Dh pun kebetulan cuti sebab ada hal. Dr. C pun terus callkan SJMC and buat appointment.

Ari tu Erina buat EEG test. Berapa belas wire atau electrod diletakkan atas kepala Erina. Lama jugak test tu lebih kurang sejam. On the spot jugak Dr. Sofiah bagi result. Menurut Dr. memang ada episode-episode yang abnormal. Ada electricity activity dalam brain Erina yang abnormal. Dr. klasifikasikan Erina sebagai Partial Epilepsy of Infancy. Ari tu jugak, Dr. startkan medication untuk Erina, seari 2 x selama taktau la berapa tahun. Baru sehari makan, dan malam tadi Erina kena attack lagi. Kesiannye Erina. Takut sangat kalau selalu kena dan ganggu urat saraf brain Erina. Macamana Erina nanti agaknya? Harap-harap development Erina normal aje macam baby-baby lain.

Dr. Sofiah berikan satu diary untuk Erina, dan catatkan setiap kali Erina kena attack. Sampai ari ni dah 4 kali Erina kena. Next two weeks ada appointment lagi dengan Dr. Masa tu baru la tau medication yang Dr. bagi skang ni ada effect kat Erina atau tidak.

Kesian Erina! Harap-harap kesihatan Erina pulih macam biasa.

Tuesday, May 09, 2006

Epilepsi atau Sawan

Antara punca-punca:
1) Jangkitan atau infeksi otak (ensifilatis, meninjitis, cacing pipih, skistosomiasis dan malaria adalah beberapa contoh jangkitan biasa yang menyebabkan epilepsi) muncul pada bila-bila waktu sahaja dalam kehidupan seseorang.
2) Kekurangan oksigen, atau pendarahan dalam otak sewaktu trauma kelahiran.
3) Komplikasi akibat mengalami penyakit lain seperti sakit buah pinggang atau hati.
4) Penyakit keturunan dan keadaan genetik tertentu seperti tuberos sclerosis.
5) Kecederaan parah di otak.
6) Ketumbuhan di otak, saluran darah luarbiasa atau kecacatan saluran darah dalam otak.
7) Penyakit degenerasi otak, seperti Penyakit Alzheimer atau Penyakit Creutzfeld-Jacob
akibat komplikasi selepas strok.

(*sumber dari http://www.epilepsy.org.my)

Antara punca-punca di atas, tidak ada yang menyebabkan Erina diserang sawan buat pertama kali pagi sabtu
lepas.

Pagi yang indah, walaupun Sabtu tapi disebabkan jadual kerja company hubby kena pergi keje. Macam biasa, jaga Erina sorang-sorang memang tak jadi hal lah. Cuma Erina takut tinggal sorang-sorang. Kalau mama dia pegi dapur atau tempat lain, mula lah dia menjerit. So, baik tidurkan saja dia. Ingatkan dia dah tidur, boleh la sambung kerja-kerja dapur. Mana tau dia tersedar dan mula menangis dan menjerit. Cepat-cepat pegi calm downkan dia dan tepuk-tepuk suruh tidur semula. Bila rasa dia dah lena, pegi dapur semula untuk sambung kerja.

Tak sampai beberapa minit, dengar dia menangis lagi. Haiii..anak mama ni manja betul lah!! Pergi semula dekat Erina, dan tepuk-tepuk lagi. Agak-agak dah lena, lari ke dapur semula. Kejap tu, dengar lagi dia menangis. So, adegan tepuk-menepuk dan lari ke dapur sambung kerja berulang beberapa kali.

Last sekali, Erina tidur membelakangkanku. Tiba-tiba badan dia menggeletar. Kuat! PANIK toksah cerita! Dengan kita yang tinggal berdua dengan baby kecil, bila terjadi sesuatu hal mungkin tidak dapat berfikir dengan waras. Erina yang kecik dan menggeletar tu kukendong keluar rumah. Dalam fikiran, macam kena sawan je ni.

Cuba tengok mulut dia. Dia ketap gusi (gigi takde lagi, ketap gusi lah). Kumasukkan jari dalam mulut dia. Sib baik la lom ada gigi, kalau tak mau putus jari kena gigit. Sambil tu, tangan sebelah lagi, terkial-kial telefon makcik babysitter yang jaga Erina untuk minta tolong. Makcik takde, tapi nasib baik anak-anaknya sudi datang membantu. Cubaan ketiga, baru dapat call hubby. Sepantas kilat dia balik.

Tak lama lepas tu, Erina sedar. Perasan pun sebab dia hisap jari yang ada dalam mulut dia tu. Tapi badan dia lembik selembik lembiknya. Kami hantar Erina ke CAMC, Seremban. Tak de nak pegi registration, terus tuju ke Emergency Room. Nurse di situ timbang berat Erina, check suhu & ambilkan darah untuk buat blood test. Dalam bilik Dr. Yee, doktor pun tak dapat nak pastikan apa yang sebabkan Erina kena sawan. Sepatutnya baby yang demam panas je yang berisiko. Tapi Erina sihat, tak demam. Mungkin ada bleeding dalam kepala/ otak tapi Erina tak pernah jatuh.

Mungkin Erina asyik nangis, diam, nangis, diam balik atau emosi yang kerap berubah-ubah yang menyebabkan Erina kena.

Buat masa sekang, Dr. Yee tak beri apa-apa ubat dan Erina skang under observation. Kalau terjadi untuk kali kedua, Papa dah decided untuk proceed dengan CT-scan untuk check bleeding dalam otak dan ambil ubat. Ubat tu mesti ambil sampai Erina umur 2 tahun.

Apa-apa pun skang, Mama dengan Papa sentiasa ada di sisi Erina supaya Erina tak takut-takut lagi.

(seriusnya entry kali ni)

Wednesday, April 26, 2006

Erina 7 bulan

Ari ni Erina dah masuk 7 bulan. Baru pandai golek-golek. Bila la nak merangkak agaknya. Semalam, cam biasa nak tidokan Erina. Awal lagi, so tidokan jerk depan tv sambil tengok tv. Tapi mana best tengok tv kalau tak baring sekali. Dh pun landing depan tv jugak. Pendek kata, 3 beranak terbongkang depan tv. We all kalau dah dapat bantal, mesti lelap punya. Tapi Erina tidak! Last-last malam tadi, CSI:NY yang tengok we all.

Bila tersedar dari lena, jam dah dekat kul 12malam. Tengok Erina, eh takde!! Belakang papa? Takde jugakkk!! Dah la rasa macam mamai-mamai jerk. Anak pulak hilang!! Argghhh...Rileks rileks...Pandang sekeliling dan nampak Erina dekat tangga. Apalah yang dibuat anak dara sorang ni dekat tangga? Sib baik Erina lom pandai merangkak. Kalau tak, mesti dia dah panjat tangga tu. Bertuah betul budak ni!

Thursday, March 30, 2006

Erina 6months

Image hosting by Photobucket

Erina dah 6 months last Sunday. Dia dah pandai golek-golek sampai dah nak masuk bawah rak tv :-). Erina dah tak tidur dalam buai lagik. Tapi parah la aku sebab kena tepuk-tepuk dia sampai dia tidur. Sebelum tidur dia mesti pusing kiri, pusing kanan, pusing kiri, pusing kanan sampai la dia buleh tidur. Risau aku tengok dia asyik gerak-gerak jerk.

Dia dah kenal orang. Tapi dia tak nangis bila orang tak kenal pegang dia. Cuma bila dia tengah syok main-main, tetiba dia perasan yang mama dia takde, masa tu la baru dia menangis. Papa duduk dekat dia ajak main-main pun tak jalan jugak. Akhirnya bila aku pegi kat dia atau papa dia bawak dekat aku, automatik lak dia berenti nangis. Bangga jugak sebab anak suka dekat kita, tapi sometimes susah jugak bila ada "nature call". Ihik...

Friday, March 10, 2006

Bz bz bz zzzzzzzzzzzzzz......

Waa...dah lama sangat tak update sini. Bz betul last week. Mana nak kejar daily job, mane nak kejar additional job. Apa-apa pun seminggu sudah berlalu, my working table pun dah kembali seperti biasa.

Last 2 weeks Erina dah 5 bulan. Berat dia 7.1kg. Masa 4 bulan cuma 5.8kg. Banyak jugak dia gain. Mungkin sebab from 4months kitorang dah bagi dia gerber & rusk. Alhamdulillah lepas injection tak demam. And masa dia baru dapat meniarap pun tak demam. Tapi yang peliknye sekarang baru demam dan batuk-batuk. Kesian dia tak berapa selera nak minum susu sebab mungkin tekak dia sakit. Kalau keadaan ni berterusan, mau turun balik berat badan dia.

Wednesday, February 08, 2006

Erina's First Meal

Last Saturday (04/02/06), we all try bagi Erina solid food. Tak banyak yang kami jumpa kat market food yang sesuai dengan 4months old baby. Paling tidak pun, aku jumpa Milna Rusk Green Bean flavoured.

Memula bagi anak makan memang susah. Dengan takde experiencenye lagik. Aku nak bancuh pun tak reti. Heheheheh...Dah le first time bancuh air yang keluar dari flask tu dah sejuk (flask tu tipu aku, kata 24hrs panas tapi tak sampai stengah ari dah sejuk). Dah jadik lain macam jerk makanan Erina tu tapi aku suap jugak. Makan la jugak dia tapi sekeping tak abis pun.

The next day, we all try lagik and kali ni nampak lawa jerk macam baby food. Hik hik hik. Tapi kali ni, 2 suap jerk lepas, then Erina terjerit-jerit taknak. Aku give up takat tu jerk la.

Monday antar Erina macam biasa without bekalkan dia food tu. Malam bile jemput Erina, makcik pengasuh tanye, "Mana makanan dia? Makcik nak bagi Erina makan ni". "Okay, esok (Tuesday) saya bawak".

The next morning bekalkan Erina makanan dia n pegi keje macam biasa. Petang tu masa pick up erina, excited la nak tanye makcik tu Erina makan atau tidak. "Makan, makcik bagi dia 2 kali. Sekeping kul 10pagi, sekepin lagik kul 5 petang. Abis jerk dia makan!". What, macamana ek makcik tu buat? Mama tak baca bismillah kot...hik hik hik



Image hosting by Photobucket

Wednesday, November 23, 2005

New lullaby for Erina-chan

somewhere over the rainbow
way up high
there's a land that i heard of
once in a lullabysomewhere over the rainbow
skies are blue
and the dreams that you dare to dream
really do come true
some day i'll wish upon a star
and wake up where the clouds are far behind me
where troubles melt like lemondrops
away above the chimney tops
that's where you'll find me


-was taken from baby&watashi blogspot :-) -

Erina Nabilah (Beautiful,noble & magnanimous lady....Wowww)

Lama sangat tak update blog ni. Last week dah start keje. Cuti 2 bulan rasa sekejap sangat. Erina Nabilah selamat melihat dunia ni pada 26/09/05.

Sometimes betul la apa orang cakap. Bila baby dah lahir, papa/ mama becomes number 2. It happened to me this morning. Darling want to call me but instead of finding my number in his contact list, he looking for Erina. Hahahah...Mana nak jumpa, Erina kan baby and takde contact number lagi. *Jyoudan jyanai yo, Papa!


Image hosted by Photobucket.com
my sweet erina