Showing posts with label "Natsukashii". Show all posts
Showing posts with label "Natsukashii". Show all posts

Friday, February 16, 2007

Dulu-dulu


Hahaha...

Terkenang semasa dulu..Zaman anak dara, bujang trang tang tang lagi...masa tu student lagi, final year tahun 2000.
Gambar ni diambil masa cuti musim panas tahun 2000 tu la.
Tempat kat Nagaoka-shi, Niigata-ken, Japan.
Masa ni beramai-ramai nak pegi tengok fireworks.

Yukata (bukan kimono yer) ni beli dari katalog. Biasa la, masa student dulu salu gak shopping baju dari katalog contoh Cecile etc (ingat cecile jerk yang lain dah lopa).

Kami berdua datang naik densha (train). Lepas tu ramai-ramai kena jalan kaki ke tepi sungai ni. Berduyun-duyun. Kami singgah dulu kat kedai jual yukata suh dia tolong ikatkan obi. Buat muka tak malu jerk. Nasib baik diorang tu baik. Hehehe...

Kena duduk berhimpit jugak la nak tengok pertunjukan bunga api ni. Seronok betul tengok sebab dah la final year, first time lak tu tengok pertunjukan bunga api kat Nagaoka yang agak besar jugak la sambutannya.

Nak balik semula ke Niigata-daigaku-mae (nama satu train station kalau ditranslatekan jadi Depan-University-Niigata) kami naik shinkansen sebabnye dah letih sangat berjalan balik dari tempat pertunjukan tadi ke stesen. Ingat nak cepat sampai je rumah kawan saya tu.

Ntah bila agaknye dapat pegi tengok hanabi taikai lagi ek? Hmmm...

p/s: Ntah macamana terjumpa gambar ni kat Utusan untuk "Salam Aidilfitri Dari Seberang Laut - Ucapan Bergambar tahun 2000 (kot).

Wednesday, June 14, 2006

11 tahun dahhhh????

"aza, hang ingat tak masa kita memula masok UM dulu...11thn 2 hari yg
lepas kot tak silap aku laaa...kita berdua sesama masok 12/6/05
kan??sesama lambat masok kita nie...masa tu semua depa nie dah boleh
cakap nihongo(japanese) sikit2...depa exsennn ngan kitaaaa...melopong jo den
dongar...tensen gak rasanya masa tu...yolah, bahasa baru, dah
ketinggalan plak dr org lain tu...nak menyebut sepatah perkataan pon
susyahhh...ingatkan macam muri(impossible) aje nak catch up..kena masok class
eksepsyonnn...aku, aza, tose, kutil, jebon, dek, yus, buih...lagik sape
haaa???natsukashi(fondly remembered) jek teringat kenganangan kat UM..tak sangka, kitorang
yg kat kelas spesel nie pon lepas gak sesama ngan korang pi ke
jeponggg...hehehee...aza masa memula masok UM dolu kurus
melengkung...kena dok sethn ber roommate ngan aku terus naik
10kg...hehehe, dia rajin sangat menjamu selera kat dlm bilikkkk..."

Email tu ada la sorang member ni bagi. Kalau dia tak mention dah "11 tahun 2 hari" tu memang tak perasanlah betapa lamanye dah kutinggalkan zaman AAJ, UM tu.

11 tahun....hhmmmm....11 tahun? Ishhh...serius, macam tak percaya jerk. Tapi bila mengingatkan yang kita sendiri pun dah ada anak, logik jugak la dah 11 tahun tu.

Mula dengan AAJ, UM 1995-1996, 2tahun + Fukushima dai(uni.) 1997-2001, 4tahun + TKR 2001-2002, 1.5tahun, AIDA 2002 - current, 4tahun = 11.5tahun. Waahhh...betul lahhhh...Kenapa? Tak percaye ke?

Friday, April 14, 2006

福島*学

Pejam celik pejam celik dah 5 tahun tinggalkan universiti tu. Macam tak percaya je...Masa memula dapat offer tu, rasa cam lama sangat la study. 2 tahun kat malaysia, 4 tahun kat sana. Tapi tu la kan...macam tak percaya jerk. Dah 5 tahun dah grad.

Tapi baru-baru ni saja la kan, dok surf internet, dah taktau dah website mana lagik nak tuju, tetiba teringat kat satu tempat yang dah lama tak kujenguk...Owhhh..dah berwajah baru rupa-rupanya dia. Fukushi*a Universi*y, itulah tempat yang menyebabkan aku menjejakkan kaki ke negara matahari terbit tu.

Image hosting by Photobucket Aku tak ingat la pulak samada aku penah masuk kelas lecture yang macam ni rupa atau tidak. Heheheh...Dah la kerusi kayu kan....sakit punggung duk lelama...hahahaha....

Image hosting by PhotobucketNi pulak, rasanya macam *jyouhou shori centre. Nampaknya pc-pc kat situ semuanya dah tukar yang baru jugak. Teringat pulak, masa tu 2nd year kalau tak silap. Ada exam. Tak ingat la exam subject apa. Masa tu memang gila-gila la zaman chatting. Exam buat cepat-cepat bagi siap awal, lepas tu lom abis lagik waktu exam dah mintak keluar ngan lecturer. Tempat yang dituju ialah *jyouhou shori centre la. Kemaruk chatting betul lah kan...

Ish, tapi rasa bersalah la pulak kat Satou-san penjaga *kokusai kouryuu kaikan, Watanabe-san penjaga *ryugakusei, abang opis *keizai gakubu yang cute etc sebab tak ucapkan *SAYONARA pun!!

Bersalahnya rasa....

Tuesday, February 21, 2006

Gosh, I miss Japan!! (February's Version)

February is a great time for visiting Japan, as the weather is usually sunny and dry, airfares are low and sightseeing spots are not crowded. Only in northern Japan and along the Sea of Japan coast, there is lots of snowfall, and conditions are very good for winters sports.
The downside of a visit in winter are the relatively short days (sunset is around 5:30pm in Tokyo) and the vegetation's barren state.

* Above information is from When To Travel To Japan

Masa zaman sekolah dulu, kalau bulan February aku buat ape yerk? Alamakkkk...I missed Niina's birthday on 7/2. Niina-chan, Otanjyoubi Omedetou!!!

Sambung balik....

1st year (haru/ spring 1998)
- yang aku ingat gakkou pun dah nak cuti. Exam pun dah abis rasanya. Hmmmm....takde memori aku masa kat japan bulan februari tahun tu.

2nd year (haru/ spring 1999)
- sama la seperti di atas. No sweet memory in February.

3rd year (haru/ spring 2000)
- aku keseorangan di hari valentine. Hahahaha...tak sambut pun sebenarnye. Tapi aku ingat lagik, valentine's eve ada orang tu call aku. Aku pun pelik. Hahahah...selalunye dia yang ignored aku kalau aku call. Memang aku jadik cam stalker la waktu 3rd year. Kwang kwang kwang....

4th year (haru/ spring 2001)
- yang aku ingat aku buat arubaito dekat kilang packing kuri. Kuri ni diorang jual kat kombini. Bangga jugak la bile nampak kuri tu kat situ. Hasil kerja kitorang tu. Masa tu aku keje dengan Nita and Farah. Kitorang keje 8:00 pm - 8:00 am. Kira jadik macam kelawar la. Hehehehe...Sib baik bukan kupu-kupu malam. Masa tu aku dah final year, kelas pun dah tak ambik lagi sebab sumer aku dah cover sampai 3rd year, tinggal thesis ngan ambik subject yang ringan-ringan jerk skit. So tak kisah la keje siang ke keje malam ke...

Aku ingat lagik, ada satu siang yang aku patutnye tido tapi aku ada hal so aku tak dapat nak tido. Malam tu aku tak leh buat keje. Line berjalan, aku pegang kuri tapi aku tak masukkan dalam plastic bag. Farah cakap, aku berdiri sambil senyum tapi mata aku tutup. Hahahahaha...kalaulah ada sesapa yang ambik gambar masa tu, tingin jugak aku nak tengok macamana gayanye. Sib baik supervisor kitorang tu tak marah. Dia pulak yang tolong masukkan dalam mana-mana plastic bag yang kosong. Kenapa supervisor tu tak marah aku ek? Sampai skang aku confuse lagik. Dia suka kat aku ke? Hahahahahah....Mungkin dia takut aku tak paham bahasa jopun kot.....

- Late Intan (al-fatihah..), Farah, Nita and aku pegi Okinawa. Okinawa ni satu pulau kecik yang jauh betul dari 4 main island di Japan. Kitorang ambik package untuk 4 orang. Tak mahal sangat lah sebab affordable oleh kitorang yang masih student ni. Kalau tak, takde la kitorang pegi.(Package ni pun late Intan yang jumpa dalam paper. Masa tu aku tengah arubaito kat kilang kek kat tempat Nita, Niigata-Ken). Hotel pun 5 stars la kitorang bagi. Ambik flight from Haneda Airport to Okinawa. Sampai sana jerk gi car rental punye outlet dan dapat satu Honda LOGO. Aku yang drive. Aku dapat driving license lepas SPM tahun 1994, tapi aku mula berani driving masa aku kat Japan. Tu pengalaman jugak kan....

Kitorang cuma ada 3 ari jerk untuk jalan-jalan kat Okinawa. Gambar ada jugak la snap. Nanti aku scan la. Antara tempat yang kitorang pegi, gua yang dolu-dolu tempat orang melombong bijih. Cactus farm pun kitorang lawat jugak. Selain daripada tu, kitorang melawat Ryukyus University, univ si An, junior setahun muda dari aku. Jugak univ Kak Zit (Ruzita Chikon, kakak angkat aku masa di SMSJ), tapi time aku pegi sana of course la dia dah grad dan balik Malaysia kan. Shuri-jo pun kitorang ambil kesempatan jenguk jugak. Shuri-jo ni pernah jadi pusat pemerintahan dan tempat tinggal raja-raja sampailah Okinawa jadi salah satu negeri di Japan.

Yang paling best kitorang makan dekat A&W. Mana nak cari A&W kat Japan kecuali kat Okinawa ni...hehehehe..Ntah la sepanjang panjang aku dok kat Fukushima dan berjalan-jalan di kawasan sekitarnya aku tak pernah pulak nampak A&W. Tetiba kat Okinawa pulak yang ada, apalagi layannn....

Pada aku, Okinawa ni lebih kurang macam Malaysia. Kalau kat pulau-pulau lain di Japan, orang lain begitu berhati-hati sekali driving takut kena saman etc, tapi lain pulak dengan Okinawa. Baik punye cilok lah. Macam driving style kat Malaysia pulak. Semua orang tau, kurang bersopan skit. Cuaca pun seakan-akan sama dengan Malaysia, tropika. Kurang terasa yang kami sedang berada di negara 4 musim.

Apa-apa pun tu semua kenangan yang takkan aku lupakan di bulan Februari sepanjang tempoh aku kat sana. Menarik jugak kan!

*
Otanjyoubi Omedetou - Happy Birthday
Gakkou - School (kenkadang sebut sekolah instead of daigaku(univ))
Arubaito - Part time job
Kombini - Convenient Store
Kuri - Buah Berangan
Shuri-jo - Shuri castle

Friday, April 22, 2005

Natsukashii naaaa....

Tengah-tengah buat keje ni, teringat pulak email dari sorang kohai* baru-baru ni. Dia bagitau yang Satou otousan call dia kat opis to do him some favour. Satou san ni host family kat Fukushima waktu diri ini study di Jepun dulu. Orangnya sangat baik dan dah tua sangat. Buleh panggil atok tapi kitorang panggil Satou Otousan* jek. Teringat dulu kalau ada free di ujung minggu, kami bebudak Malaysia mesti akan berkunjung ke rumahnye. Rumah dia pun masya allah, besarnya berbeza dengan rumah kami yang student ni. Heheheheh....
Natsukashii naaaaa.....*

Teringat pulak masa arwah Intan Mazwin (
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Mukadepan/20050213093912/Article)
sama-sama dengan kami dulu....diri ini la yang terasa sangat kot....sedih sangat bile terpikir yang diri ini tak sempat bawak arwah jalan2 carik makan di IKEA. Taktau la kenapa, asalkan kami calling2 jerk mesti arwah tanye biller nak bawak die pegi IKEA.....teringat lagi masa kami sewa satu rumah dulu (arwah setahun muda dari diri ini), kalau balik kelas sama atau weekend kami mesti akan keluar Fukushima-shi*. Biasa la window shopping, karaoke (dulu2 every week pegi jengah karaoke ni, memang beza dengan karaoke kat Malaysia ni), shopping, pinjam cd/ video kat BOM dalam Fukushima-eki* etc. Tapi tu semua dulu, beberapa tahun lepas, kini arwah dah takde lagi. Terasa sunyi betul sebab arwah memang banyak cakap. Sometimes diri ini terasa rindu sangat nak bercakap dengan dia, tangan ni gatal jerk nak dail nombor dia tapi...apakan daya Tuhan lebih menyayanginya...Sedih lagi bila mengingatkan yang arwah bukan pergi seorang, tapi die bawak pegi sekali 3 adik dia yang semuanye terpelajar dan comel-comel belaka. Ya Allah, Engkau tempatkanlah roh kawan-kawan diri ini di kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah.....

Japanese - Malay Dictionary
Kohai - Junior
Otousan - Ayah/ bapa
Natsukashii na - Nostalgic
Fukushima-shi - Fukushima town
Fukushima-eki - Fukushima station (train station)