Memang kecewa. Sangat kecewa. Bengang betul.
Dari Jumaat,
2nd car tu duduk
workshop. Masalahnya, enjin bergetar kuat, dah tak
pick up. Hari ni baru ambik balik. Bayangkan dari Jumaat sampai Selasa duduk bengkel patut dah
okay kereta tu.
Hari ni ambik balik. Kena bayar empat ratus enam puluh tiga ringgit. Takde duit kecik, tiga ringgit dapat diskaun. Jadi,
total kena bayar ringgit malaysia empat ratus enam puluh sahaja. Yang ditukar,
1)
Engine mounting2)
Gear box mounting3)
Spark plugTapi bila bawak balik rumah kereta tu,
on the way dah gigil balik.
Tak pick up langsung. 100 km/j pun tak buleh pegi. Naik bukit skit kena tukar gear 3 dari gear 5. Selalu Elite
Highway, kita lalu lorong tengah. Tapi hari ni, kena lalu lorong kiri sekali. Kalau tidak, ganggu orang lain.
Kita bengang betul la. Apa agaknya yang pomen betulkan? Langsung tak betulkan langsung! Duit dah bayar. Mahal pulak tu. Kalau murah, memang tak kisah. Ni tidak buleh dapat
handbag dan
purse jenama GUESS satu set!
Esok, aku nak hantar balik kereta tu kat bengkel yang sama. Aku taknak bayar satu sen. Dalam kepala ni, dah karang apa aku nak bebel kat diorang esok. Merugikan aku jerk. Kalau tak reti nak betulkan, bagitau awal-awal.
Takde la aku kecewa sebegini rupa!!