Wednesday, November 22, 2006

Creamy Baked Cheesecake

(Recipe #55 from the "Cheesecake - 181 Recipes")


1) 1 1/4 cups graham cracker crumbs (I used digestive biscuits)
2) 1/4 cup granulated sugar
3) 3 tablespoon cocoa power (additional)
4) 1/3 cup butter or margarine, melted
5) 2 (250g) packages cream cheese, softened
6) 1 (14-ounce) can sweetened condensed milk
7) 3 large eggs
8) 1/4 cup lemon juice (I used 1 1/2 teaspoon lemon paste)
9) 1 cup sour cream
10) 1 (21-ounce) can cherry pie filling (I used blueberry filling)

1. Combine graham cracker crumbs, sugar, cocoa powder and melted butter; press on the bottom of a 9-inch springform pan.2. In a mixer bowl, beat softened cream cheese until fluffy. Gradually beat in sweetened condensed milk until smooth. Add eggs and lemon juice; mix well. Pour into the prepared pan. Bake at 325°F (160°C) for 50 to 55 minutes. (Depends on your oven)3. Top with sour cream, then bake 5 minutes longer. Chill. Top with blueberry filling.Makes 12 servings.

* Baking is my current hobby. Thanks to Ujen and K. Hani for the inspiration. Geram sebenarnya tengok gambar foods dalam blog k. hani tu.

Saturday, November 18, 2006

Lagi?

Alamakkk..dah pukul satu setengah pagi. Sudah-sudah la tu men'touch up'.

Pagi nanti kena bangun awal jugak walaupun Sabtu.

Oyasumi!

Tuesday, November 07, 2006

Buah tangan dari Ireland


Aidilfitri 1427








Mungkin dah terlambat tapi ingin kuucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pengunjung-pengunjung ryuhana.blogspot.com. Puasa sebulan, raya pun mestilah sebulan. Hehehehehe...
p/s: Buruk sungguh Erina tidak memakai kasut

Thursday, November 02, 2006

Erina Raya in Action


Wednesday, October 18, 2006

Hadiah dari dia untuk si dia

Dari mama Erina untuk papa Erina. Saja nak bagi kejutan, harap-harap papa Erina sejuk hati. Kat opis, papa bagi email "Arigatou". Heheheh...Pertama kali gunakan online untuk buat order, tapi alhamdulillah transaction ok saja. Boleh lihat website ini, Flowerworld. Very good service!

Tuesday, October 17, 2006

3 lorong

Alhamdulillah..kerja-kerja naik taraf lebuhraya Utara-Selatan dari Seremban <-> Senawang sudah 90% siap. Lapanglah dada rakyat Malaysia yang akan pulang ke kampung bermula hujung minggu ini untuk menyambut Deepavali dan Hari Raya. Tumpang gembira juga sebab kesesakan jalan raya akan berkurangan setiap kali balik dari kerja.

Harap-harap laluan keluar tol Pendang pun dah boleh digunakan. Dari tol keluar, mungkin cuma memakan masa antara 5-10 minit aje untuk sampai ke rumah ibu mertua. Tahun ni giliran beraya di kampung suami. Sob..sob..sob..

Tuesday, September 26, 2006

Tanjyoubi Omedetou!




To my beloved dearest daughter, Happy 1st Birthday to you!

Friday, September 08, 2006

Good morning or Good afternoon or Good evening or Good night?

1. "Good morning" (Jap: "Ohayo gozaimasu") can be used for any time between midnight and noon, but
the times for "Good afternoon" (Jap:"Konnichiwa") and "Good evening" (Jap:"Konbanwa") are not exact. Generally,
"Good afternoon" is used between noon and sundown and "Good evening" is
used until it's completely dark.

2. The greeting after dark is a problem because "Good night" (Jap:"Oyasuminasai") is not a greeting:
its meaning is something like "Goodbye" (Jap:"Sayonara"). When people greet each other after
dark, they generally say something like "Hello".

3. When people say "Good morning" or "Good evening" in a very casual, friendly
way, they often say something that sounds like "G' mornin'" or "Gd evenin'"
with a kind of "muffled" or "reduced" pronunciation of "Good" and with a change
in the last sound of "morning" and "evening" (from the "ng" sound to the "n" sound).

Tuesday, September 05, 2006

Congratulations & Condolences

Just want to wish,

Congratulations to Malaysian first astronauts, Dr. Sheikh Muszaphar,34 (HUKM medical officer) and Captain Dr. Faiz, 26 (Malaysian Defence Forces dentist) . They were announced to be the first Malaysian astronauts by our Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi at KLIA yesterday.
Detail news: First Malaysian Astronauts

And

A very deep condolences to the family of Steve Irwin ("Crocodile Hunter") the Australian conservationist turned TV personality, who was died yesterday while filming off the coast of Australia. He was killed by a stingray barb during a diving expedition.
Details news : Steve "Crocodile Hunter" Irwin

Friday, September 01, 2006

Kereta merah

Bapaku pulang dari kota

Bapaku belikan kereta

Kereta kecil warna merah

Akan kubawa ke sekolah

Pon pon pon pon pon pon pon pon pon

Kereta kecilku berbunyi

Marilah adik mari kakak

Kita pergi ke rumah nenek

Thursday, August 31, 2006

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Photobucket - Video and Image Hosting

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-49. Terima kasih kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang bertungkus lumus mendapatkan kemerdekaan demi anak-anak bangsa akan datang. Sama-sama kita doakan kesejahteraan, keamanan, kekayaan, kebahagiaan berkekalan di bumi bertuah ini.


p/s: ada tempat kat sini celebrate pasang bunga api laaa. Kita celebrate dari rumah je...

Wednesday, August 30, 2006

Lily?


Kono hana
Otomodachi san kara moratta
2 nenkan mou tachatta
Yatto kinou hana ga deta

Pokok bunga ni dapat dari kawan. Sebab tengok bunga yang keluar masa tu lawa sangat. Kaler pun sama macam gambar ni. Tapi pokok yang kat rumah tu, lama betul asyik daun jerk yang keluar. Mak kata, mabuk daun agaknya

Tapi malam tadi, baru perasan yang bunga pun dah keluar. Terus snap gambar takut pagi esok, dah tak kembang lagi.

Sebenarnya apa nama bunga ni? Bunga Lily? Ada yang panggil bunga bawang sebab ubinya macam bawang, ada yang panggil bunga loceng sebab bunganya macam bentuk loceng.

Bunga apa ni ye?




























Tuesday, August 29, 2006

Merah

Hari ni. First time punch card kaler merah. Gara-gara jem sebab accident. Bukan sikit tapi tujuh. Harap-harap tiada kemalangan jiwa. Cuma nampak sorang mangsa sedang duduk tepi jalan sapu luka. Sebab tujuh biji ni la, yang buat beratus-ratus kereta tersangkut, jalan tersengguk-sengguk. Berapa ramai orang yang masuk opis lambat ari ni?

Oleh itu, buat semua pengguna jalan raya, berhati-hati semasa di jalan raya. Bersabar. Orang lain nak cepat jugak. Jadi, ikut peraturan. Jangan tunjuk teror, cilok sana cilok sini. Pagi tadi, ada jugak driver yang tak makan saman, cilok sana cilok sini, ingatkan dia yang accident tadi. Kalau dia yang accident tadi, memang patut la kan sebab dia dah menyusahkan orang lain nak kena tekan brek banyak kali. Bila dah terkena sekali, baru la dia sedar agaknye. Atau tak sedar-sedar jugak?

Jangan follow kereta lain rapat sangat. Kes tujuh biji kereta tadi, mungkin sebab follow rapat sangat. Kan dah depan belakang kena hentam.

Yang penting, semua orang kena berhati-hati dan patuhilah undang-undang yang ditetapkan barulah tak menyusahkan orang lain.

Wednesday, August 16, 2006

New

Ada sesapa nak komen dengan new layout ni? Esp. tagboard tu. Taktau dah nak pilih kaler ape untuk matchkan dengan background color. Kot ada yang dah pening-pening tu, inform la yerk :)

New layout ni nampak macam buleh refresh jerk...kan kan kan...

Friday, August 11, 2006

New Offer

Lama dah tak update. Life cam biasa takde yang menarik, that's y.

Last week ada la pegi interview. Pass resume through member yang keje kat situ la. Lama dah, ada la dalam 2 bulan lepas. Pandai dia yerk, before dia pegi training kat Japan, baru dia pass bagi resume kat manager dia. Okay, interview ada 2 stages.

This week dapat offer, Accounting Analys* kat I*M.

Tapi fikir punye fikir punye fikir dan tanye pendapat rakan-rakan, terpaksa la tolak offer tu sebab..

1) Salary up tak sampai 5% pun. Reason dia, takde experience. Hhhmmm...
2) Keja of course la makin bertambah dari current, tempat keje makin jauh skit dari skang ni...
3) Nak kena join immediately by 25th August. Mana buleh sebab notice period 1 month. Eventho, company yang offer tu kata nak bagi 2 months hiring bonus untuk kita settlekan dengan current company. Satu keje lak kat kita nak bersoal jawab dengan current company. Err...tapi kalau nak seribu daya la kan..
4) Immediately after joined, kena pi training kat Japan for 2-3 weeks. Errkkk..nak tinggalkan Erina? Buleh ke mama?

Patut by today morning dah kena call PIC kat I*M, tapi PIC tak masuk opis lagi, skang dah kul 11am dah. Memang flexible lah working hour diorang ni..

Kalau nak ikutkan job satisfaction, current bukan tak satisfy pun. Errr...waktu keje jiyuu(free) je nak buat apa. Asalkan keje siap. Hehehehehe..saja je nak kibun tenkan("ubah angin"). Kot dapat salary up 15%, accept jugak la kot. Hehehehehe...

Hehehehehehehehehehe...

Friday, July 28, 2006

Lu Apahal?

Photobucket - Video and Image Hosting

Kenapa la mamat ni zalim sangat?? Menurut email, bebudak perempuan tu nak masuk ke kawasan sekolah, tapi dihalang oleh si penyangak yang perasan dia bertanggungjawab menjaga keamanan dunia. Kalau kengkawan dia buat salah, bom sana bom sini tutup mata sebelah buat tak nampak je, lagi bagi support ada!! Yang ada negara tu, baru dituduh ada buat senjata api etc (tapi bukti takda laaa!) terus yang kononnya polis dunia ni declare perang. Apa nak jadik la lu mamat???

"Telah dilaknat mereka yang kufur daripada keturunan Bani Israel melalui lidah Nabi Allah Daud dan Isa ibni Maryam kerana mereka derhaka dan melanggar batas-batas Allah." (Al-Maidah: 78)

Refer:
1) Kebangkitan Islam
2) Persoalan
3) Kronologi

Wednesday, July 26, 2006

Hani Mohsin Dalam Kenangan

Petang semalam. "Hani Mohsin dah meninggal ek", kata staff kat customer service Gian*, Senawang. Dalam hati, "ye ke? takkan lahh". Beliau muda lagi dan masih sihat lagi memutar roda. Tapi itulah hakikatnye, petang pun ada news pasal tu.

Selama ni kita tengok dia berdiri ceria di kaca tv, tapi semalam kita tengok dia terbujur kaku berwajah pucat. Rasa macam tak percaya. Siapa agaknye pengganti arwah?

To the one and only his daughter, mungkin ini holiday trip yang takkan dilupakan, tak sempat ke Langkawi dan kehilangan ayah pula. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Hani Mohsin meninggal dunia akibat serangan jantung

KUALA LUMPUR 25 Julai – Pelakon filem dan drama terkenal yang juga hos rancangan Roda Impian, Hani Mohsin Hanafi, 41, meninggal dunia akibat serangan jantung selepas pengsan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, di sini hari ini ketika sedang menunggu penerbangan ke Alor Star.

Beliau yang juga bekas suami Datin Seri Tiara Jacquelina menghembuskan nafas terakhir ketika dikejarkan ke Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Sepang, dekat sini selepas pengsan kira-kira pukul 9.30 pagi.

Pelakon tersebut bersama anak tunggalnya, Hani Karmila, 9, dijadual berlepas ke Alor Star sebelum meneruskan perjalanan ke Langkawi untuk bercuti.
Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Zahedi Ayob memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10 pagi memaklumkan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, selepas disahkan meninggal dunia, jenazah Hani Mohsin telah dibawa ke Hospital Serdang di sini kira-kira pukul 1 tengah hari bagi proses bedah siasat.
Tiara Jacquelina dan suaminya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi turut berada di hospital tersebut.

Sementara itu, jenazah Hani Mohsin tiba di rumahnya di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, di sini kira-kira pukul 5.30 petang ini sambil diiringi Tiara Jacquelina, Hani Karmila dan Effendi.

Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Al-Ridzuan, Hulu Klang di sini selepas solat Isyak sebelum dikebumikan di sebelah pusara ibunya, Hasni Bakar di Tanah Perkuburan Islam Al-Ridzuan, Hulu Klang.

Dalam pada itu, beberapa orang rakan artis termasuk Senator Datuk Jins Shamsuddin, Datuk Mustafa Maarof, A. Rahman Hassan turut menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya itu.

-FROM BERITA HARIAN, 26/07/06

Thursday, July 20, 2006

What Colour Should Your Blog Be?

Your Blog Should Be Blue

Your blog is a peaceful, calming force in the blogosphere.
You tend to avoid conflict - you're more likely to share than rant.
From your social causes to cute pet photos, your life is a (mostly) open book.

Thursday, July 06, 2006

Italy vs France

Photobucket - Video and Image Hosting vs Photobucket - Video and Image Hosting
Vote for Italy! Italy! Italy! Italy!
from: Italy Supporter (berpaling tadah lepas Brazil kalah...kwang kwang kwang)