Tuesday, December 26, 2006

Kecewa

Memang kecewa. Sangat kecewa. Bengang betul.

Dari Jumaat, 2nd car tu duduk workshop. Masalahnya, enjin bergetar kuat, dah tak pick up. Hari ni baru ambik balik. Bayangkan dari Jumaat sampai Selasa duduk bengkel patut dah okay kereta tu.

Hari ni ambik balik. Kena bayar empat ratus enam puluh tiga ringgit. Takde duit kecik, tiga ringgit dapat diskaun. Jadi, total kena bayar ringgit malaysia empat ratus enam puluh sahaja. Yang ditukar,

1) Engine mounting
2) Gear box mounting
3) Spark plug

Tapi bila bawak balik rumah kereta tu, on the way dah gigil balik. Tak pick up langsung. 100 km/j pun tak buleh pegi. Naik bukit skit kena tukar gear 3 dari gear 5. Selalu Elite Highway, kita lalu lorong tengah. Tapi hari ni, kena lalu lorong kiri sekali. Kalau tidak, ganggu orang lain.

Kita bengang betul la. Apa agaknya yang pomen betulkan? Langsung tak betulkan langsung! Duit dah bayar. Mahal pulak tu. Kalau murah, memang tak kisah. Ni tidak buleh dapat handbag dan purse jenama GUESS satu set!

Esok, aku nak hantar balik kereta tu kat bengkel yang sama. Aku taknak bayar satu sen. Dalam kepala ni, dah karang apa aku nak bebel kat diorang esok. Merugikan aku jerk. Kalau tak reti nak betulkan, bagitau awal-awal.

Takde la aku kecewa sebegini rupa!!

Thursday, December 21, 2006

Lagi kisah banjir


Pagi tadi me & hubby bertolak ke Labis, Segamat. Hajatnya nak tolong parents & adik bersihkan rumah. Kami tak tengok suratkhabar pun sebelum bertolak tu.

Highway okay je selepas accident dekat susur keluar Senawang sikit jerk. Accident tu teruk jugak. Satu lori (kepala lori remuk), satu kereta Waja (sebelah pemandu remuk), satu Mercedes (bahagian depan saja remuk).

Me & hubby berhenti untuk breakfast kat Restoran Jejantas Ayer Keroh. Pekena Hot Congee yang lebih senang dipanggil bubur nasi je la. Pernah dengar ke perkataan congee tu? Saya 2nd time la dengar sebab dah penah datang makan bubur nasi kat kedai yang sama dulu.

Lepas makan, sambung perjalanan dan bila sampai kawasan Jasin, jalan ke arah selatan dua-dua lorong ditutup untuk laluan. PLUS buka satu lorong dari arah utara untuk digunakan ke selatan. Hhmm...air tak surut lagik ni...Masa lalu pekan Tangkak, jalan okay je. Yang kata ada banjir kat depan sekolah cina tu pun dah kering dah.

Kami tak sangka apa-apa lagi ni. Opsss..tiba di Bukit Serampang, ada tanah runtuh skit. Nasib baik kami tak balik malam tadi. Depan skit kat Durian Condong, alamak banjir lagi. Semua kereta u-turn balik. Rugi la tak bawak kamera. Kalau tak buleh tunjuk gambar banjir lagik.

Kami pusing balik ambik jalan lain pulak. Kali ni kena lalu bandar Segamat. Masa tu kami tak beli paper lagik. Sampai kat Jementah, kat tepi sungai ada ramai orang berkumpul. Ni mesti ada orang lemas ni. Kami tak berhenti, terus je jalan. Jalan sikit jerk, dah kena berhenti balik sebab ada motor dari arah bertentangan tunjuk isyarat tak buleh lalu. Banjir jugak ke?

Kami berhenti kereta kat tepi, dan jalan kaki tengok paras air. Tinggi jugak. Kalau kereta toksah la berani-berani cuba lalu. Yang berani lalu, cuma bas dan lori yang tinggi sama dengan bas je. Ada satu kembara cuba sekerat jalan, lepas tu patah balik. Hhhmmm...

Last-last, tepon mak bagitau kami tak dapat balik sebab laluan semua terputus. Mak kata takpe la...dah nak abis kemas...lagipun adik ada cuti kat rumah, dia pun buleh tolong...Alahai kesian mak...sorry ye mak...

Kami pun patah balik Seremban, basuh kereta dan pergi tengok CICAKMAN....Hehehehe....kami tak balik mengemas pun.

:: Tu gambar bandar Segamat dilanda banjir. ::
:: Gambar dari Berita Harian, Khamis, 21/12/06. ::

Banjir
















Minggu ni hujan turun lebat dalam beberapa hari. Semenjak keliling rumah mak kecuali sebelah kiri orang dah bina rumah, level tanah dah tak sama rata. Jadi rumah mak kat tanah rendah sikit. Sejak tahun 2003, kalau hujan lebat berterusan beberapa hari, mesti rumah mak banjir. Kali ni, kali yang kedua.

Tapi musim hujan kali ni, sebabkan banjir yang serius jugak di negeri Johor. Pagi semalam, dengar info kata semua daerah kecuali Mersing sahaja yang tak banjir. Tapi bila petang lak, dengar cam Mersing pun dah banjir.

Sekarang hujan dah berhenti kat Labis. Mak & adik pun dah balik rumah sebab satu malam tumpang tidur rumah jiran yang tak banjir. Ayah pulak kena stay rumah jugak sebab pintu rumah tak buleh nak tutup sebab nak bagi air banjir keluar.

Esok, me & hubby cuti nak balik kampung untuk tolong apa-apa yang patut. Si kenit Erina kami tinggalkan kat babysitter macam biasa sebab nanti mesti dia kacau and hilang konsentrasi orang nak mengemas nanti.

Tuesday, December 05, 2006

Erina & Ken

Gambar Erina masa kecik dengan sepupu dia, Ken Farihin. "Cilok" gambar ni dari Ken's fotopages. Heheheh..

Dulu-dulu (takde la dulu sangat. Erina baru setahun dua bulan) kalau baring/ tidur, Erina suka letak dua tangan dia bawah bantal. Sekarang takde dah buat macam tu. Sekarang bukan main lasak lagi tidurnya.

Bila la Erina nak pandai jalan yerk? Mama tak kira, hujung minggu ni Mama nak beli kasut dia. :)

Wednesday, November 22, 2006

Creamy Baked Cheesecake

(Recipe #55 from the "Cheesecake - 181 Recipes")


1) 1 1/4 cups graham cracker crumbs (I used digestive biscuits)
2) 1/4 cup granulated sugar
3) 3 tablespoon cocoa power (additional)
4) 1/3 cup butter or margarine, melted
5) 2 (250g) packages cream cheese, softened
6) 1 (14-ounce) can sweetened condensed milk
7) 3 large eggs
8) 1/4 cup lemon juice (I used 1 1/2 teaspoon lemon paste)
9) 1 cup sour cream
10) 1 (21-ounce) can cherry pie filling (I used blueberry filling)

1. Combine graham cracker crumbs, sugar, cocoa powder and melted butter; press on the bottom of a 9-inch springform pan.2. In a mixer bowl, beat softened cream cheese until fluffy. Gradually beat in sweetened condensed milk until smooth. Add eggs and lemon juice; mix well. Pour into the prepared pan. Bake at 325°F (160°C) for 50 to 55 minutes. (Depends on your oven)3. Top with sour cream, then bake 5 minutes longer. Chill. Top with blueberry filling.Makes 12 servings.

* Baking is my current hobby. Thanks to Ujen and K. Hani for the inspiration. Geram sebenarnya tengok gambar foods dalam blog k. hani tu.

Saturday, November 18, 2006

Lagi?

Alamakkk..dah pukul satu setengah pagi. Sudah-sudah la tu men'touch up'.

Pagi nanti kena bangun awal jugak walaupun Sabtu.

Oyasumi!

Tuesday, November 07, 2006

Buah tangan dari Ireland


Aidilfitri 1427








Mungkin dah terlambat tapi ingin kuucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pengunjung-pengunjung ryuhana.blogspot.com. Puasa sebulan, raya pun mestilah sebulan. Hehehehehe...
p/s: Buruk sungguh Erina tidak memakai kasut

Thursday, November 02, 2006

Erina Raya in Action


Wednesday, October 18, 2006

Hadiah dari dia untuk si dia

Dari mama Erina untuk papa Erina. Saja nak bagi kejutan, harap-harap papa Erina sejuk hati. Kat opis, papa bagi email "Arigatou". Heheheh...Pertama kali gunakan online untuk buat order, tapi alhamdulillah transaction ok saja. Boleh lihat website ini, Flowerworld. Very good service!

Tuesday, October 17, 2006

3 lorong

Alhamdulillah..kerja-kerja naik taraf lebuhraya Utara-Selatan dari Seremban <-> Senawang sudah 90% siap. Lapanglah dada rakyat Malaysia yang akan pulang ke kampung bermula hujung minggu ini untuk menyambut Deepavali dan Hari Raya. Tumpang gembira juga sebab kesesakan jalan raya akan berkurangan setiap kali balik dari kerja.

Harap-harap laluan keluar tol Pendang pun dah boleh digunakan. Dari tol keluar, mungkin cuma memakan masa antara 5-10 minit aje untuk sampai ke rumah ibu mertua. Tahun ni giliran beraya di kampung suami. Sob..sob..sob..

Tuesday, September 26, 2006

Tanjyoubi Omedetou!




To my beloved dearest daughter, Happy 1st Birthday to you!

Friday, September 08, 2006

Good morning or Good afternoon or Good evening or Good night?

1. "Good morning" (Jap: "Ohayo gozaimasu") can be used for any time between midnight and noon, but
the times for "Good afternoon" (Jap:"Konnichiwa") and "Good evening" (Jap:"Konbanwa") are not exact. Generally,
"Good afternoon" is used between noon and sundown and "Good evening" is
used until it's completely dark.

2. The greeting after dark is a problem because "Good night" (Jap:"Oyasuminasai") is not a greeting:
its meaning is something like "Goodbye" (Jap:"Sayonara"). When people greet each other after
dark, they generally say something like "Hello".

3. When people say "Good morning" or "Good evening" in a very casual, friendly
way, they often say something that sounds like "G' mornin'" or "Gd evenin'"
with a kind of "muffled" or "reduced" pronunciation of "Good" and with a change
in the last sound of "morning" and "evening" (from the "ng" sound to the "n" sound).

Tuesday, September 05, 2006

Congratulations & Condolences

Just want to wish,

Congratulations to Malaysian first astronauts, Dr. Sheikh Muszaphar,34 (HUKM medical officer) and Captain Dr. Faiz, 26 (Malaysian Defence Forces dentist) . They were announced to be the first Malaysian astronauts by our Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi at KLIA yesterday.
Detail news: First Malaysian Astronauts

And

A very deep condolences to the family of Steve Irwin ("Crocodile Hunter") the Australian conservationist turned TV personality, who was died yesterday while filming off the coast of Australia. He was killed by a stingray barb during a diving expedition.
Details news : Steve "Crocodile Hunter" Irwin

Friday, September 01, 2006

Kereta merah

Bapaku pulang dari kota

Bapaku belikan kereta

Kereta kecil warna merah

Akan kubawa ke sekolah

Pon pon pon pon pon pon pon pon pon

Kereta kecilku berbunyi

Marilah adik mari kakak

Kita pergi ke rumah nenek

Thursday, August 31, 2006

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Photobucket - Video and Image Hosting

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-49. Terima kasih kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang bertungkus lumus mendapatkan kemerdekaan demi anak-anak bangsa akan datang. Sama-sama kita doakan kesejahteraan, keamanan, kekayaan, kebahagiaan berkekalan di bumi bertuah ini.


p/s: ada tempat kat sini celebrate pasang bunga api laaa. Kita celebrate dari rumah je...

Wednesday, August 30, 2006

Lily?


Kono hana
Otomodachi san kara moratta
2 nenkan mou tachatta
Yatto kinou hana ga deta

Pokok bunga ni dapat dari kawan. Sebab tengok bunga yang keluar masa tu lawa sangat. Kaler pun sama macam gambar ni. Tapi pokok yang kat rumah tu, lama betul asyik daun jerk yang keluar. Mak kata, mabuk daun agaknya

Tapi malam tadi, baru perasan yang bunga pun dah keluar. Terus snap gambar takut pagi esok, dah tak kembang lagi.

Sebenarnya apa nama bunga ni? Bunga Lily? Ada yang panggil bunga bawang sebab ubinya macam bawang, ada yang panggil bunga loceng sebab bunganya macam bentuk loceng.

Bunga apa ni ye?




























Tuesday, August 29, 2006

Merah

Hari ni. First time punch card kaler merah. Gara-gara jem sebab accident. Bukan sikit tapi tujuh. Harap-harap tiada kemalangan jiwa. Cuma nampak sorang mangsa sedang duduk tepi jalan sapu luka. Sebab tujuh biji ni la, yang buat beratus-ratus kereta tersangkut, jalan tersengguk-sengguk. Berapa ramai orang yang masuk opis lambat ari ni?

Oleh itu, buat semua pengguna jalan raya, berhati-hati semasa di jalan raya. Bersabar. Orang lain nak cepat jugak. Jadi, ikut peraturan. Jangan tunjuk teror, cilok sana cilok sini. Pagi tadi, ada jugak driver yang tak makan saman, cilok sana cilok sini, ingatkan dia yang accident tadi. Kalau dia yang accident tadi, memang patut la kan sebab dia dah menyusahkan orang lain nak kena tekan brek banyak kali. Bila dah terkena sekali, baru la dia sedar agaknye. Atau tak sedar-sedar jugak?

Jangan follow kereta lain rapat sangat. Kes tujuh biji kereta tadi, mungkin sebab follow rapat sangat. Kan dah depan belakang kena hentam.

Yang penting, semua orang kena berhati-hati dan patuhilah undang-undang yang ditetapkan barulah tak menyusahkan orang lain.

Wednesday, August 16, 2006

New

Ada sesapa nak komen dengan new layout ni? Esp. tagboard tu. Taktau dah nak pilih kaler ape untuk matchkan dengan background color. Kot ada yang dah pening-pening tu, inform la yerk :)

New layout ni nampak macam buleh refresh jerk...kan kan kan...

Friday, August 11, 2006

New Offer

Lama dah tak update. Life cam biasa takde yang menarik, that's y.

Last week ada la pegi interview. Pass resume through member yang keje kat situ la. Lama dah, ada la dalam 2 bulan lepas. Pandai dia yerk, before dia pegi training kat Japan, baru dia pass bagi resume kat manager dia. Okay, interview ada 2 stages.

This week dapat offer, Accounting Analys* kat I*M.

Tapi fikir punye fikir punye fikir dan tanye pendapat rakan-rakan, terpaksa la tolak offer tu sebab..

1) Salary up tak sampai 5% pun. Reason dia, takde experience. Hhhmmm...
2) Keja of course la makin bertambah dari current, tempat keje makin jauh skit dari skang ni...
3) Nak kena join immediately by 25th August. Mana buleh sebab notice period 1 month. Eventho, company yang offer tu kata nak bagi 2 months hiring bonus untuk kita settlekan dengan current company. Satu keje lak kat kita nak bersoal jawab dengan current company. Err...tapi kalau nak seribu daya la kan..
4) Immediately after joined, kena pi training kat Japan for 2-3 weeks. Errkkk..nak tinggalkan Erina? Buleh ke mama?

Patut by today morning dah kena call PIC kat I*M, tapi PIC tak masuk opis lagi, skang dah kul 11am dah. Memang flexible lah working hour diorang ni..

Kalau nak ikutkan job satisfaction, current bukan tak satisfy pun. Errr...waktu keje jiyuu(free) je nak buat apa. Asalkan keje siap. Hehehehehe..saja je nak kibun tenkan("ubah angin"). Kot dapat salary up 15%, accept jugak la kot. Hehehehehe...

Hehehehehehehehehehe...