Saturday, March 17, 2007

SAYONARA!!



Farewell present.
A*DA June 2002-Mac 2007.

Sebaknye masa bagi speech farewell dinner tadi. Banyak lagi nak cakap tapi tak sempat.

Paling penting nak ucapkan kepada semua staff A*DA,
"Sorry & thank you for everything and wish you all the best"

Monday, March 12, 2007

6 Weird Things

Alamak dah kena tag dengan Cik Puan Tini. Puas jugak nak memikirkan apa yang weird tu, punya la susah...nampak macam tak weird jerk, tapi tak pe...lepas pk punye pk hasilnye...

1) Clumsy sangat. Husband cakap "loklak". Kalau jalan tu semua benda nak langgar. Kalau kat opis, selalu langgar bucu meja. Lebam2 la paha. Lebam yang dulu tak hilang lagi, ada pulak lebam yang baru. Bukan sahaja lebam, kadang2 ada minor cut kat jari pun tak perasan. Tetiba je dah ada luka.Kadang buat keje kat opis tak sedar, jari dah terluka kena bahagian tepi kertas.

2) Tak suka makan tembikai. Sebabnye lepas makan tembikai rasa macam pening kepala jerk. Especially tembikai merah. Tapi dah test ngan tembikai kuning, okay skit. Takde la lepas makan terus rasa pening. Kenapa ek?

3) Tak suka makan jagung. Tapi kalau jagung bakar yang setongkol tu buleh pulak. Kalau cream corn yang letak dalam apam balik atau puding jagung, confirm kena korek2 jagung tu baru leh makan. Rasanye macam tak buleh nak gigit jerk jagung2 tu. Mungkin rasa macam makan makanan ayam kot? Hehehehehe... LOL

4) Suka hafal plat no. keta kat atas highway. Maklum la travel dari umah ke opis one way sahaja dah sejam lebih (ni kira weird jugak ni). Saya keje kat Shah Alam, husband keje kat Seri Kembangan, rumah kami kat Senawang. Buleh gitu? Hahahahaha...Asal2 duk Senawang sebab masa tu husband keje kat Alor Gajah so fair and square la kami tinggal di tengah-tengah. Tapi tengah tahun lepas husband tukar keje, tapi kami tetap di Senawang. Malas betul nak pindah randah...heheheh...alah bisa tegal biasa. Berbalik kepada no. plat tadi, disebabkan suka menghafal, kadang tu nampak jugak la keta-keta yang biasa jumpa atas Plus & Elite highway tu. So maknanye, ramai jugak la yang ulang alik dari Seremban <-> Nilai, Bangi, KL atau Shah Alam. Even, ada orang opis depan ni pun dia duk Seremban jugak :D.

5) Jari kelingking. Memula tu tak perasan pun. Tapi masa study dulu ada orang perasan la termasuk la my ex-roommate masa kat UM & my husband. Diorang perasan jari kelingking kanan saya terangkat masa makan kalau guna tangan la. Skang pun macam tu lagi. Hubby akan tanye, "nak tembak sapa tu". Hahahahaha...tapi skang perasan bukan masa makan saja even tengah menaip ni pun, jari kelingking kedua-dua belah tangan terangkat skit.

6) Ni paling best sekali kot. Kucing. Kalau nampak kucing takut yang amat sangat. Nak kata ada history kena cakar kucing rasanya takde pulak. Tapi memang fobia la...Rasa adrenalin mengalir pantas kalau kucing datang dekat. Buleh sampai tahap melompat2 pastu lari bagai dikejar hantu kalau member2 kejar sambil pegang kucing tu dan nak baling kat saya. Ada satu kisah ni tahun 1996 bulan Mei. Kami ni sambut besday member lain skit. Ada la yang tukang beli tepung dan telur tapi bukan untuk buatkan kek besday ye. Kek besday ni kami beli jerk. Kalau tak silap masa tu besday CikTima. Kami baling tepung ngan telur kat dia. Blok dah lupa, tapi blok pompuan la kolej kelima kat UM, tingkat 2...kan korang? Floormates yang lain siap tak puas ati kami bising tengah malam. Logik la, mengganggu orang jek. CikTima geram die kena baling ngan tepung dan telur, dia kejarnye aku dengan kucing. Waaa...masa tu lari sambil menjerit2 la...Hahahahah...Nostalgia sungguh...Tapi yang peliknye kucing GARFIELD tu bukan main minat pulak. Sampaikan beg, purse, pencil case, file,t-shirt garfield pun ada. Kat bilik kat UM dulu, memasing ada softboard sendiri. Softboard tu pulak aku tampalkan wrapping paper gambar garfield sebagai background. Hohohoho...

Sekian la weirdnye saya.

Lepas tu rulenye pulak, nak kena 'pass baton' ke 6 orang lain untuk ceritakan weird things pasal diorang pulak. To:
1) Kak Coy
2) MamaAlief
3) Ceritasicomel
4) Kak Hani
5) Cikrus
6) Cikidong dengdeng,
you have been tagged!!

Rules: People who are tagged should write a blog post of 6 weird things about them as well as state this rule clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. Don't forget to leave a comment that says 'you are tagged' in their comments and tell them to read your blog.

Friday, March 02, 2007

CNY Holiday


Update later :D

Thursday, March 01, 2007

R.S.V.P

Penah nampak perkataan atau shortform "R.S.V.P."? Selalu nampak word ni kat invitations tapi tak penah tau maksud sebenarnya cuma agak-agak "Reply Please" la lebih kurang.

Okay, bila dicari dalam search engine, rupanye R.V.S.P. tu "Respondez, s'il vous plait" in French.

Ooohhh......