Wednesday, May 24, 2006

Kena lagi!!

Kenapa dengan Erina sebenarnya?

Sabtu lepas, kena attack lagi. Kali ni nasib baik dh belum pegi keje lagi. Dia yang berani tengok Erina camana. Mula-mula Erina lembik, no response, pastu mulalah genggam tangan, terus jerking (slowly) dan ketap gusi. Mata pun taktau dah pandang mana (Tonic-Clonic Seizure). Kesian sangat tengok dia macam tu, dia baby lagik. Terus packing barang apa patut and pegi CAMC, Seremban.

Ari tu kena admit pulak. Kena la temankan Erina overnight kat hospital. Buat CT-scan untuk check samada ada brain bleeding, ada tumor etc. Nasib baik Erina tidur. Dr. C suruh cepat-cepat buat scan takut dia jaga nanti dia gerak-gerak pulak. Result CT-Scan dah dapat and confirmed takde problem. Di hospital, Erina takde kena attack pun. Sunday discharged, and Dr. C di CAMC buatkan satu surat untuk refer ke Dr. Sofiah (paediatric neurologist) di SJMC untuk appointment EEG test (Electroencephalogram) aka Brain Wave test.

Monday, 22/05...tengah siap-siap nak pergi keje. Kebetulan mak datang sejak Erina kena attack for the 2nd time. Masa tengah buat susu nak bagi Erina, mak cakap kenapa Erina ni lembik jek. Tiba-tiba je dia kena lagik. Terus tiarapkan dan buat apa yang Dr. Ye pesan masa Erina kena 1st time dulu. Pagi tu terus call opis, mintak cuti 2 ari. Dh pun kebetulan cuti sebab ada hal. Dr. C pun terus callkan SJMC and buat appointment.

Ari tu Erina buat EEG test. Berapa belas wire atau electrod diletakkan atas kepala Erina. Lama jugak test tu lebih kurang sejam. On the spot jugak Dr. Sofiah bagi result. Menurut Dr. memang ada episode-episode yang abnormal. Ada electricity activity dalam brain Erina yang abnormal. Dr. klasifikasikan Erina sebagai Partial Epilepsy of Infancy. Ari tu jugak, Dr. startkan medication untuk Erina, seari 2 x selama taktau la berapa tahun. Baru sehari makan, dan malam tadi Erina kena attack lagi. Kesiannye Erina. Takut sangat kalau selalu kena dan ganggu urat saraf brain Erina. Macamana Erina nanti agaknya? Harap-harap development Erina normal aje macam baby-baby lain.

Dr. Sofiah berikan satu diary untuk Erina, dan catatkan setiap kali Erina kena attack. Sampai ari ni dah 4 kali Erina kena. Next two weeks ada appointment lagi dengan Dr. Masa tu baru la tau medication yang Dr. bagi skang ni ada effect kat Erina atau tidak.

Kesian Erina! Harap-harap kesihatan Erina pulih macam biasa.

Wednesday, May 17, 2006

FIFA World Cup VS Akademi Fantasia

Photobucket - Video and Image Hosting VS Photobucket - Video and Image Hosting

Yessss....lagi berapa ari jek lagi dah nak start World Cup 2006 ek (09/06/06~09/07/06).....Akademi Fantasi Musim-4 pun akhir bulan ni (27/05/06~)....

Cite pasal World Cup ni tingat, World Cup 1990. Masa tu form 1. Sekolah asrama. Tidur katil atas, takde palang pulak tu. Pagi tu mimpi jatuh katil, rasa macam terbang di awangan. Pastu, gedebuk!! Jatuh betul rupanye. Senior F.4 yang duk katil bawah, terjaga. Dia pun memang nak bangun pagi tu tengok World Cup (warden tau, mesti dia marah tengok tv pepagi buta). Akibat jatuh katil, gigi depan patah. Hahahahaha....Opsss....Disebabkan kejadian tu, katil yang takde palang tu, berpindah tempat, diapit oleh 2 biji katil lain...hahahahah....nak naik katil lak susah, kena panjat ikut depan pulak...

World Cup 1994. Ikut la jugak skit, esp. final Brazil vs Italy. Masa tu sokong Italy sebab suka kat player jersey no. 10, Roberto Baggio. Kehkehkeh...masa tu rambut dia cun. Ada ponytail.

Photobucket - Video and Image Hosting -> Roberto Baggio

World Cup 1994, Brazil menang 3-2 ngan Italy. Tu pun menang penalti. Malam final World Cup tu, kitorang dapat permission tengok tv. Hehehehe...best!!! Esok sekolah tak hingat! Esoknye memasing datang sekolah dengan mata merah tak cukup tidur.

Akademi Fantasia pulak...Tahun ni agaknye macamana la rupa bebudak AF. Kalau AF3 menang kat Mawi, AF2 kat Zahid, AF1 kat Vince, tahun ni apa pulak ceritanye....Nak juga tau apa nasib Mawi bila juara AF4 dah keluar nanti. Sebab sekarang ni apa-apa award yang dia involve semua bagi la kat dia...hhhmmm...malas la nak cite...no komen...err tgazfa aku tau yang ko memang fan Mawi. Apakah kepopularitian bebudak AF ni cuma bertahan hanya satu tahun jek? Ye la, bile ada juara baru nanti, juara lama dilupakan ke?

Yang penting, tv kat rumah tu cuma satu. Biasanye WC ni dh yang minat, AF ni sapa lagi yang minatkan...hehehehe...ada la adegan berebut remote nanti ni...hahahahah

Tuesday, May 09, 2006

Epilepsi atau Sawan

Antara punca-punca:
1) Jangkitan atau infeksi otak (ensifilatis, meninjitis, cacing pipih, skistosomiasis dan malaria adalah beberapa contoh jangkitan biasa yang menyebabkan epilepsi) muncul pada bila-bila waktu sahaja dalam kehidupan seseorang.
2) Kekurangan oksigen, atau pendarahan dalam otak sewaktu trauma kelahiran.
3) Komplikasi akibat mengalami penyakit lain seperti sakit buah pinggang atau hati.
4) Penyakit keturunan dan keadaan genetik tertentu seperti tuberos sclerosis.
5) Kecederaan parah di otak.
6) Ketumbuhan di otak, saluran darah luarbiasa atau kecacatan saluran darah dalam otak.
7) Penyakit degenerasi otak, seperti Penyakit Alzheimer atau Penyakit Creutzfeld-Jacob
akibat komplikasi selepas strok.

(*sumber dari http://www.epilepsy.org.my)

Antara punca-punca di atas, tidak ada yang menyebabkan Erina diserang sawan buat pertama kali pagi sabtu
lepas.

Pagi yang indah, walaupun Sabtu tapi disebabkan jadual kerja company hubby kena pergi keje. Macam biasa, jaga Erina sorang-sorang memang tak jadi hal lah. Cuma Erina takut tinggal sorang-sorang. Kalau mama dia pegi dapur atau tempat lain, mula lah dia menjerit. So, baik tidurkan saja dia. Ingatkan dia dah tidur, boleh la sambung kerja-kerja dapur. Mana tau dia tersedar dan mula menangis dan menjerit. Cepat-cepat pegi calm downkan dia dan tepuk-tepuk suruh tidur semula. Bila rasa dia dah lena, pegi dapur semula untuk sambung kerja.

Tak sampai beberapa minit, dengar dia menangis lagi. Haiii..anak mama ni manja betul lah!! Pergi semula dekat Erina, dan tepuk-tepuk lagi. Agak-agak dah lena, lari ke dapur semula. Kejap tu, dengar lagi dia menangis. So, adegan tepuk-menepuk dan lari ke dapur sambung kerja berulang beberapa kali.

Last sekali, Erina tidur membelakangkanku. Tiba-tiba badan dia menggeletar. Kuat! PANIK toksah cerita! Dengan kita yang tinggal berdua dengan baby kecil, bila terjadi sesuatu hal mungkin tidak dapat berfikir dengan waras. Erina yang kecik dan menggeletar tu kukendong keluar rumah. Dalam fikiran, macam kena sawan je ni.

Cuba tengok mulut dia. Dia ketap gusi (gigi takde lagi, ketap gusi lah). Kumasukkan jari dalam mulut dia. Sib baik la lom ada gigi, kalau tak mau putus jari kena gigit. Sambil tu, tangan sebelah lagi, terkial-kial telefon makcik babysitter yang jaga Erina untuk minta tolong. Makcik takde, tapi nasib baik anak-anaknya sudi datang membantu. Cubaan ketiga, baru dapat call hubby. Sepantas kilat dia balik.

Tak lama lepas tu, Erina sedar. Perasan pun sebab dia hisap jari yang ada dalam mulut dia tu. Tapi badan dia lembik selembik lembiknya. Kami hantar Erina ke CAMC, Seremban. Tak de nak pegi registration, terus tuju ke Emergency Room. Nurse di situ timbang berat Erina, check suhu & ambilkan darah untuk buat blood test. Dalam bilik Dr. Yee, doktor pun tak dapat nak pastikan apa yang sebabkan Erina kena sawan. Sepatutnya baby yang demam panas je yang berisiko. Tapi Erina sihat, tak demam. Mungkin ada bleeding dalam kepala/ otak tapi Erina tak pernah jatuh.

Mungkin Erina asyik nangis, diam, nangis, diam balik atau emosi yang kerap berubah-ubah yang menyebabkan Erina kena.

Buat masa sekang, Dr. Yee tak beri apa-apa ubat dan Erina skang under observation. Kalau terjadi untuk kali kedua, Papa dah decided untuk proceed dengan CT-scan untuk check bleeding dalam otak dan ambil ubat. Ubat tu mesti ambil sampai Erina umur 2 tahun.

Apa-apa pun skang, Mama dengan Papa sentiasa ada di sisi Erina supaya Erina tak takut-takut lagi.

(seriusnya entry kali ni)