Erina sejak pindah last Sept 08, dia dah masuk kindergarten cum child care. Senang lepas abis school leh stay kat tempat yang sama sampai kitorang ambik dia. Takyah susah-susah dia nak kena naik van gi child care lain lak lepas school. Budak umur 3 tahun, susah nak lepaskan independence sangat macam tu..
Memula school tu payah gak. Sampai school je nangis. Ada la dalam seminggu dua macam tu. But better la dari sebelum ni.
Lepas pindah, penah sekali kami antar kat satu nursery ni dekat dengan umah. Situ semata-mata pusat jagaan. Yang aku concern sapa yang masak. Owner nursery tu cakap helper dia semua melayu. Tapi aku nengok rupa macam Indon. Sah lah owner ni pelik skit. Penipu. Erina lak ari2 balik umah nangis jugak. Merengek je sambil cakap takmo pegi nursery yang tu. Owner ni duduk KL sebenarnye. Weekdays je duduk Seremban, pasal bukak nursery kat Seremban. Aku kan keje KL, balik confirm sampai kul 7pm ke atas. Owner ni setiap Jumaat nak balik KL. Jumaat tu, aku sampai dekat kul 7. Owner dah siap kunci pintu umah. Pintu pagar dah siap bukak. Anak aku dah dalam kereta dia. Stand by tunggu aku balik je. Appa raa..tak sabar2.
Balik umah aku check botol susu Erina. Mak aiii..berlumut..aku nak bagi anak aku minum pakai botol tu pun tak sanggup walau dah basuh. Ntah berbagai jenis bakteria dah masuk dalam badan anak aku 5 ari botol tu tinggal kat nursery. Eeeiiii...
Seminggu je cukup la Erina duk situ. Kesian dia..padan la merengek je..Sabtu tu, terus kitorang register Erina kat school yang skang ni..So far takde problem..Kawan dia pun ramai dah. Development pun ada. Hopefully by end of this year dah pandai membaca :)