Friday, June 24, 2005

Boleh ke macam tu?

Ari ni adik-adik yang sudah pun tamat matrikulasi dan setaraf boleh check permohonan mereka untuk kemasukan ke IPTA pada Julai ini. Termasuk la adik kami yang telah tamat matriksnya di sebuah kolej matrikulasi di selatan semenanjung Malaysia. Adik ambik jurusan Sains Hayat.


Pagi ni, sampai saja opis terus on pc. Masuk satu laman web untuk check status adik, tapi masih tak berupdate lagi. Padahal dah pukul 8:15am. Kenapa tak update dari pukul 12 tengah malam ye? Dah la awal-awal ari tu suruh kita check pada 22 Jun, dipostponednye ke tarikh 24 Jun. Tapi pagi 24 Jun masih tak update lagi? Okay, fine, kami buat keje lain dulu. Dekat pukul 9 am, kami check sekali lagi. Okay dah boleh check. Tapi problemnye........hey, apesal ade error pulak? Diorang tak compile and debug dulu ke before onlinekan program tu? Ish APE SUDAH JADI?? Takkan nak suruh kami user ni debug sendiri pulak....Memang tak puas hati.

Takpe la, disebabkan website yang disediakan oleh orang yang sepatutnye tak boleh diguna-pakai, adik check kat website yang lain. Dan resultnya dah ada di sana. Macamana student Sains Hayat boleh dapat course Interactive Media pulak ni? Memang susah nak paham. Adik memang tak berminat. Masa dia isi borang ari tu, dia pilih semua yang berkaitan dengan Food Science, ada jugak Farmasi dan Sains Pertanian. Satu pun tak sangkut. So macamana yer sekarang? Kena buat rayuan la untuk tukar course kan? Hmmmm...susah jugak ye...

No comments: