Tuesday, June 13, 2006

Gula oh gula....

Memang la skang tengah hangat tentang isu gula yang tak cukup kat market. Ingatkan takde la serius sangat, rupa-rupanye serius jugak.

Semalam pegi beli groceries untuk stock up di rumah tu. Termasuk la gula dah sampai ujung balang. Bila masuk satu supermarket yang biasa kitorang pegi kat area rumah tu, bila tengok gula dah habis. Ditulis lagik kat area gula tu "Gula Terhad. Satu bungkus untuk satu pelanggan sahaja". Aik biar betul!! Kedai ni agaknye termasuk dalam golongan peniaga yang menyorokkan gula ke?

Kita sekarang kekurangan gula sebab kerajaan taknak naikkan harga gula, jadik pemborong dan peniaga ambil tindakan dengan berikan tekanan pada kerajaan. Tapi dalam paper ari ni pulak, persatuan pengguna-pengguna mintak semua pengguna sendiri memboikot gula sebagai reverse-psychology pada pemborong. Hhhmm...tapi buleh ke kita semua boikot gula? Sebab semalam KMM cadangkan letakkan satu bekas gula atas meja makan kat setiap kedai makan, so pengguna buleh letakkan sendiri gula dalam minuman mereka. Ni salah satu cara nak kurangkan pesakit kencing manis dan buah pinggang. Hmmm, dua cerita ni ada kaitan ke?

Berbalik pulak pada kisah nak membeli gula semalam. Akhirnya sebungkus gula dapat dibeli jugak di kedai lain dengan harga singgit lapan posen!

4 comments:

Little Samourai said...

try jangan guna gula langsung kat rumah. cam kita org kopi pun kosong jek so beli gula 2 tahun sekali. tu pun kat 100 yen shop. kuih pun tak buat tapi cekelat hari2 makan... :-P

Love Sweet Recipes said...

kopi kosong? Adehhhh..tak larat nak minum. :-)

Anonymous said...

hada, awak dok mana? seremban kan? kat giant ni rasa nyer melambak lagi gula tu.btw, hv to try to kurangkan skit komposisi gula dlm meal hehe..

Love Sweet Recipes said...

k. faried,
yup seremban...giant mmg banyak. Last sat, gi giant nampak diorang tengah susun gula2 tu. Yang kurang gula, kat kedai runcit kat taman perumahan ni.