Friday, January 27, 2006

Happy Chinese New Year!

Selamat menyambut tahun anjing to Buddhist all over the world! Ishhhh....

No time to update. Too busy finishing outstanding job before a long long holiday (but until wednesday only).

Thursday, January 19, 2006

Gas Ammonia di kampung den

Pemandu lori tampil akui lupus toksik

Oleh Suffian Abu Bakar

SEGAMAT 18 Jan. - Tey Tian Seng, 30, hanyalah pemandu lori dan orang biasa. Dia diupah membawa kandungan yang tidak diketahuinya untuk ditanam di beberapa tempat di Johor.
Namun, selepas dia mengetahui benda yang dibawanya telah menyebabkan penduduk Kampung Sungai Gatom, Labis menderita pencemaran ammonia, dia tidak dapat tidur malam.


Perasaan bersalah yang amat sangat, menghantuinya. Malah keluar rumah pun dia takut.
Akhirnya hari ini, ditemani seorang peguam dia menggagahkan diri membuat pengakuan kepada umum.


Apa yang memeranjatkan dalam pengakuan itu: Dua lagi lokasi di Johor dipercayai menjadi tempat pembuangan beribu-ribu tan sisa toksik selain Kampung Sungai Gatom di Labis itu.
"Saya meminta maaf kepada semua penduduk Labis yang terlibat dalam kejadian ini (gas ammonia). Sebenarnya saya sendiri tidak tahu benda ini boleh menjadi besar kerana saya tidak tahu kandungan bahan yang saya bawa.
Sejak kejadian itu saya tidak boleh tidur lena dan saya juga sedia bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk menyiasat perkara ini setelah mendapat nasihat daripada peguam saya,'' katanya.

Tian Seng mungkin seorang yang `lurus bendul' - tidak tahu apa-apa. Tetapi apa yang sebenarnya sudah berlaku? Siapakah yang bertanggungjawab dan dalangnya?

Fenomena yang berlaku ini menyebabkan orang ramai kini berfikir, tertanya-tanya dan keliru dengan fungsi JAS. Agensi itu yang sepatutnya mengawasi perjalanan sisa toksik itu ke tempat pelupusan yang ditetapkan, seolah-olah `tutup mata' dan lepas tangan.


Lebih menghairankan, sehingga kini pun - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Adenan Satim dan Ketua Pengarah JAS, Datuk Rosnani Ibarahim tidak buka mulut, walaupun insiden di Kampung Gatom sudah berlaku seminggu lalu.

Utusan Malaysia dalam laporan eksklusif muka 1 Khamis 12 Januari lalu mempersoalkan JAS ekoran kejadian di Kampung Gatom itu. Akhbar itu bertanya mengapa sisa toksik berbahaya itu terlalu mudah dibuang sesuka hati, sedangkan JAS mempunyai sistem dikenali sebagai Sistem Penjejakan Sisa Berjadual (E-Swiss). E-Swiss akan memastikan sisa-sisa itu tiba ke destinasi `terakhir' di loji pelupusannya di Kualiti Alam di Bukit Nenas, Negeri Sembilan.
Tetapi berdasarkan kejadian demi kejadian ini memperlihatkan ada `unsur-unsur yang tidak kena' telah berlaku.


Sementara itu, peguam Tian Seng, Pang Hok Liong berkata, pihaknya juga meminta supaya JAS Melaka bertanggungjawab dalam soal itu kerana agensi terbabit sepatutnya mempunyai data-data mengenai jumlah bahan buangan yang dihasilkan oleh sesebuah kilang, termasuk jumlah yang sepatutnya dilupuskan.

Tian Seng berjanji menyalurkan semua maklumat yang diperlukan kepada JAS.
Dia yang memiliki tiga buah lori muatan 10 tan mengaku menjadi pihak ketiga iaitu syarikat pengangkutan yang diupah oleh sub-kontraktor kepada pemilik sebuah kilang di Melaka untuk mengangkut dan membuang sisa toksik di ketiga-tiga lokasi. Dia yang mendakwa tidak mengetahui bahan yang diangkut adalah sisa toksik menerima upah RM50 satu tan atau RM500 bagi sebuah lori 10 tan mulai Oktober sehingga Disember lalu.


Kampung Sungai Gatom di Labis menarik perhatian seluruh negara apabila lebih 300 penduduk terpaksa berpindah setelah terhidu gas ammonia dari sebuah tapak pembuangan sisa toksik di tebing Sungai Gatom pada 8 Januari lalu.

Tian Seng yang bercakap melalui peguamnya mendakwa, Kampung Sungai Gatom adalah lokasi ketiga selepas dua lokasi lain dijadikan tempat pembuangan sisa toksik sepanjang tempoh tiga bulan itu.

Dia mendakwa menerima tugasan melalui subkontraktor pada Oktober lalu untuk mengangkut bahan buangan dari sebuah kilang yang terletak di Melaka ke tiga tempat berasingan.

Katanya, dia bersama dua lagi pemandu lori mengangkut sisa toksik itu beberapa hari sebulan dengan kekerapan tiga kali ulang alik setiap hari."Kesemua bahan yang diambil dari kilang itu dalam bentuk serbuk tanah dan batu, tidak diletakkan dalam kontena, tong atau kotak aluminium dan kami hanya diberitahu ia adalah bahan buangan dari kilang. Sepanjang proses mengangkut bahan tersebut, muatan bahan itu hanya ditutup dengan kain kanvas biasa serta diikat rapi,'' jelasnya pada sidang akhbar bersama peguamnya itu di Dewan Pertubuhan Kebajikan Chun Chiu di sini.

*Kesian orang kampung kena tinggal kat balairaya. Apa lah sesuka buang sisa toksik merata-rata. Patutnya setiap kilang patut ada prosedur untuk bawa keluar sisa-sisa toksik dari kilang. Walau ada prosedur sekali pun, mesti buat endah tak endah sebab tu la perkara macam ni berlaku. Sampaikan pemandu lori pun taktau apa kandungan barang yang diangkutnya tu.

Sekolah-sekolah berdekatan pun kena tutup sekolah satu hari. Dah rugi syllabus satu hari.

Thursday, January 12, 2006

A Trip To Bintulu

This year raya aji, we all celebrate di Bintulu. Mak mentua, adik ipar n family dan kami sefamily.

Untuk pegi ke KLIA tu, kitorang booking KLIA Taxi untuk datang pickup dekat rumah 10:30 pagi di Seremban Jaya. Ingatkan taxi tu akan delay (biasa la kannn...), rerupanya on time pulak dia sampai. Pukul 10:10 am macam tu, taxi driver call tanye location rumah. Masa balik dari Bintulu pun, kitorang ambik budget taxi dari KLIA. Tunggu pun tak lama. Dapat tiket, tunggu sekejap, nah dah ada taxi. Bagus la service KLIA Limo ni.

For those yang nak booking KLIA taxi buleh call,
1) To KLIA - 03-9223 8080 (8:00 - 00:00)
03-8787 3030 (00:00 - 8:00)
2) From KLIA - 03-8787 3678 (24 hours)

Masa di Bintulu, tak ke mana-mana pun. Rumah mak lang selesa. Semi D, double storey. And every places ada aircond except dapur and toilet lah. Hehehehe...Dengan ada cik mek molek, me and hubby prefer duduk rumah jer. Niat nak ke Bintulu pun, sebab nak melawat Mak Lang. Tambah lagi, nak jalan sendiri memang tak reti la. So, gelang-gelang kristal tu aku tak tau menahu pun Fara! Sampai la aku balik sini and check my blog. Uhuk uhuk uhuk!

Dakara coy-chan, doko he mo ikanakatta node, erina-chan igai no syashin wo toranakatta. Hehehehe
Image hosted by Photobucket.com

Erina dalam flight

3K (Kaya, Kacak atau Kelakar)

Seperti biasa ke tempat keje, radio pilihan yang sering kudengari ialah Pagi di Era. Topik pagi ni ialah kalau kita nak memilih pasangan yang mana satu menjadi pilihan, Kaya, Kacak atau Kelakar? Ada satu sms yang dibacakan oleh K&K (Khairil & Kiran), lebih baik kita pilih kelakar sebab kalau kaya, ada kemungkinan kita akan jatuh miskin. Kalau kacak, lama kelamaan akan jadik tua jugak. Tapi kalau kelakar, akan senantiasa kelakar.

But to me, kalau kelakar tapi tak berduit pun tak buleh jugak. Sekarang pegi mana-mana pun mesti nak kena guna duit. Kalau jalan kat dalam KL tu, mesti ada tol. For example, semalam one of my friends nak pegi Menara Telekon buleh sesat sampai ke Kelana Jaya. 4 tol dia kena! Nanti kalau ada anak pulak, mana nak cari duit hantar anak pegi sekolah, makan pakai anak, sakit anak? One of the callers cakap thru her experience yang husband dia cuma keje kilang jer mungkin operator kot. Walaupun family *hantai, dia still nak kahwin dengan mamat ni. Dia cakap dia gaji besar, takpe dia buleh cover. But end up, dia terpaksa bekerja selama 7 ari seminggu untuk cover monthly expenses dia. Kesian kan?

Kalau pasangan kita kacak pun, risiko tinggi jugak. Biasanye kalau orang kacak, ramai yang pandang. Dia pun mungkin rasa saham dia tinggi. Kang ada pulak dia bukan satu lagi branch. Sapa jugak yang susah?

So my conclusion is, biarla ada ketiga-tiganye tapi dalam kuantiti yang sederhana. Tak terlampau kacak tapi sedap mata memandang. Tak la kelakar sangat, tapi still ada sense of humour. Tak la kaya raya sangat, tapi berduit la jugak.

Kesederhanaan itu penting...

*hantai = objection

Friday, January 06, 2006

Akemashite Omedetou Gozaimasu!!

*Akemashite Omedetou Gozaimasu! Happy New Year! Selamat Tahun Baru!!!!!! Azam baru? Tak semestinye setiap tahun baru kite kena azam baru.

Nothing much to say just Happy New Year eventhough today already 6th January.

Tomorrow, my hubby, me and of course my little kiddie erina will taking a flight going to Bintulu. Bintulu, in my mind only a small town in Sarawak. Still don't know whether we can go sight-seeing or not since I have Erina. She's still small and I feel unsecure to bring her jalan-jalan.


*Akemashite Omedetou Gozaimasu = Happy New Year