Wednesday, July 26, 2006

Hani Mohsin Dalam Kenangan

Petang semalam. "Hani Mohsin dah meninggal ek", kata staff kat customer service Gian*, Senawang. Dalam hati, "ye ke? takkan lahh". Beliau muda lagi dan masih sihat lagi memutar roda. Tapi itulah hakikatnye, petang pun ada news pasal tu.

Selama ni kita tengok dia berdiri ceria di kaca tv, tapi semalam kita tengok dia terbujur kaku berwajah pucat. Rasa macam tak percaya. Siapa agaknye pengganti arwah?

To the one and only his daughter, mungkin ini holiday trip yang takkan dilupakan, tak sempat ke Langkawi dan kehilangan ayah pula. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Hani Mohsin meninggal dunia akibat serangan jantung

KUALA LUMPUR 25 Julai – Pelakon filem dan drama terkenal yang juga hos rancangan Roda Impian, Hani Mohsin Hanafi, 41, meninggal dunia akibat serangan jantung selepas pengsan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, di sini hari ini ketika sedang menunggu penerbangan ke Alor Star.

Beliau yang juga bekas suami Datin Seri Tiara Jacquelina menghembuskan nafas terakhir ketika dikejarkan ke Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Sepang, dekat sini selepas pengsan kira-kira pukul 9.30 pagi.

Pelakon tersebut bersama anak tunggalnya, Hani Karmila, 9, dijadual berlepas ke Alor Star sebelum meneruskan perjalanan ke Langkawi untuk bercuti.
Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Zahedi Ayob memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10 pagi memaklumkan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, selepas disahkan meninggal dunia, jenazah Hani Mohsin telah dibawa ke Hospital Serdang di sini kira-kira pukul 1 tengah hari bagi proses bedah siasat.
Tiara Jacquelina dan suaminya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi turut berada di hospital tersebut.

Sementara itu, jenazah Hani Mohsin tiba di rumahnya di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, di sini kira-kira pukul 5.30 petang ini sambil diiringi Tiara Jacquelina, Hani Karmila dan Effendi.

Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Al-Ridzuan, Hulu Klang di sini selepas solat Isyak sebelum dikebumikan di sebelah pusara ibunya, Hasni Bakar di Tanah Perkuburan Islam Al-Ridzuan, Hulu Klang.

Dalam pada itu, beberapa orang rakan artis termasuk Senator Datuk Jins Shamsuddin, Datuk Mustafa Maarof, A. Rahman Hassan turut menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya itu.

-FROM BERITA HARIAN, 26/07/06

7 comments:

umeboshi said...

saikin,kiter jarang beli paper sbb nak save duit la konon. baca utusan or BH online jek.tapi hari ni, gara2 nak baca citer psl Hani Mohsin meninggal..kiter beli la BH. sobsobsob. al-fatihah utk arwah.

Love Sweet Recipes said...

cikume, banyak ke cite pasal arwah dalam BH ari ni? Arwah memang ada penyakit jantung ke? Dah la arwah sebatang kara anak tunggal yatim piatu. Kesian Hani Karmila, tak dapat dia gi holiday ke Langkawi. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Giliran kita, entah bila?

umeboshi said...

takla byk mana citer dia kat BH tu. tapi ada la sesikit.kiter just suka nak baca belasungkawa nye la. Tu la kan...kalo ALLAH nak amik nyawa ni,bila2 masa je bleh kan. tanpa kita tahu bila dan macam mana, serta kat mana. ALLAHU AKBAR!

Little Samourai said...

kita pun terkejut semlm ninja bgtau. sedih aa. kita bukan la peminat dia tapi kita suka dia jadik hos roda impian beribu2 kali dpd halim othman. semoga rohnya dicucuri rahmat. amin.

umeboshi said...

k.Coy...ninja tte, ninja sempai batch akak ke, atau ninja kohai batch 15? (sorry..guna ruang hada lak.ihik)

Little Samourai said...

ninja batch saya. pembekal gossip dan berita terkini. tak tau pulak kohai pun ada ninja. :-)

umeboshi said...

naruhodo ne. kohai batch 15 pun ada nama ninja.sama2 kat yamaguchi-dai dulu.now pun dia keje kat nihon.