Filling
200 gram mentega
1/2 sudu kecil esen vanilla
70 gram gula perang
Topping
200 gram mentega
160 gram gula aising
3 biji telur (dipukul sedikit)
1 sudu kecil perisa kopi (boleh diganti dengan 2 sudu besar kopi segera dilarutkan dengan 1 sudu besar air panas)
200 gram tepung gandum
Doh Roti
500 gram tepung (diayak)
2 sudu kecil bread improver
2 sudu kecil bread softener (pilihan)
75 gram gula kastor
3 sudu kecil yis kering (dry yeast atau instant yeast)
1 sudu kecil garam
1 biji telur (dipukul)
250 ml susu segar
60 gram mentega
CARA MEMBUAT
Filling
1) Pukul mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit
2) Masukkan esen dan gula perang dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan
Topping
1) Putar mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 5 minit
2) Masukkan telur dan perisa kopi sedikit demi sedikit dan ayakkan tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua bahan sebati
3) Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan
Doh Roti
1) Gaul tepung, gula dan garam di dalam mangkuku
2) Masukkan yis, bread improver dan bread softener dan gaul rata
3) Masukkan telur dan susu segar
4) Uli adunan sehingga menjadi adunan lembut selama 10 hingga 15 minit
5) Bahagikan doh kepada 17 biji bola kecil dan tutup dengan film cling selama 10 minit
6) Leperkan doh di atas tapak tangan dan letakkan filling kemudian tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar
7) Susun di atas loyang pembakar yang sudah disapukan dengan mentega
8) Biarkan selama 45 minit di tempat panas (saya letak di bawah lampu saja)
9) Paipkan topping di atas ban secara spiral bermula dari tengah (taktau cara saya betul atau tidak; sila lihat gambar)
10) Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minit atau sehingga ban keperangan
p/s: Tukang makans (tukang makan lebih dari sorang) cakap sedap. Hehehehe...
Looking back
1 year ago