Sunday, June 15, 2008

Teambuilding...

Last Wed & Thu teambuilding kat sini.

Letih sebab schedule sangat la fullnya. Bestnye dapat merasa buat 120meter "Flying Fox". Dari bukit yang tak berapa tinggi terus nampak the view of Blue Lagoon beach. Rasa menyesal pulak tutup mata. Hahaha...

Before that, main "Pole". Lebih kurang tiang besar/ kecik skit dari kayu balak berukuran 4-5 meter tinggi kot?? Taktau tinggi mane sebenarnye tapi sangat tinggi. Masa panjat tak rasa apa, bila dah sampai ke puncak tiang, menggigil jugak kaki ni. Slow-slow kaki kanan memanjat, sebelah kiri ikut serta dalam keadaan mencangkung, slow-slow lagi angkat punggung pulak..Tu diaa..tingginyaaaa...macamana nak turun ni??..depan mata ada bola. Patut tangan dua-dua ke depan, lean so that buleh touch bola pink yang tergantung depan mata. Teragak2 jugak nak terjun, last2 lompat katak..rasa macam tak dapat touch the ball. Whatever la, janji I'd touched the land back! Oh ya, kitorang takde la jatuh tergolek ke tanah, sebab safety harness semua ada. 6 orang kat bawah pegang tali..don't worry...it was not so dangerous..

Sabtu depan ke negara matahari terbit lagi, seminggu je. Last month was my husband turn. This month, my turn. Agak-agak Erina cari mama dia tak? Cian dia, uhuk uhuk.

Wednesday, June 04, 2008

Petrol naik RM2.70 seliter! (Entry ke-100)

Hari ni kerajaan umumkan harga petrol naik sebanyak 78sen seliter, naik seringgit untuk diesel. Balik keje singgah P-e-t-r-o-n-a-s, Seremban R&R arah selatan isi full tank walaupun tank masih ada separuh penuh (atau separuh kosong?).

Sampai rumah, tengok B-u-l-e-t-i-n U-t-a-m-a. Bukan saja, harga petrol naik malah tarif elektrik, tarif gas semua akan naik. Uwwaaa...lepas ni harga makanan, minuman, tambang bas, semua akan naik la...percayalah...

Tak kisah la kalau harga subsidi untuk petrol dimansuhkan sedikit demi sedikit. Kerana subsidi untuk bahan bakar adalah sebanyak 28billion ringgit setahun yang mana amaun sebanyak itu adalah sebanyak amaun yang diperlukan untuk pembangunan negara (fakta dari Datuk S-h-a-h-r-i-r melalui BU). Harap fakta ni betul..

Lagipun kita akan diberikan rebat/ subsidi dalam bentuk wang tunai sebanyak 600lebih semasa membuat pembayaran road-tax bermula 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009. Errr..setahun je ke dapat rebat? Dan lagi katanya, subsidi untuk makanan akan ditambah supaya dapat dinikmati oleh setiap rakyat.

Dan lagi...ada berita baik...harga untuk NGV adalah kekal! Apa kata kita ramai-ramai install enjin NGV?? Tak perlu risaukan harga petrol yang setiap tahun naik!