Hari ni kerajaan umumkan harga petrol naik sebanyak 78sen seliter, naik seringgit untuk diesel. Balik keje singgah P-e-t-r-o-n-a-s, Seremban R&R arah selatan isi full tank walaupun tank masih ada separuh penuh (atau separuh kosong?).
Sampai rumah, tengok B-u-l-e-t-i-n U-t-a-m-a. Bukan saja, harga petrol naik malah tarif elektrik, tarif gas semua akan naik. Uwwaaa...lepas ni harga makanan, minuman, tambang bas, semua akan naik la...percayalah...
Tak kisah la kalau harga subsidi untuk petrol dimansuhkan sedikit demi sedikit. Kerana subsidi untuk bahan bakar adalah sebanyak 28billion ringgit setahun yang mana amaun sebanyak itu adalah sebanyak amaun yang diperlukan untuk pembangunan negara (fakta dari Datuk S-h-a-h-r-i-r melalui BU). Harap fakta ni betul..
Lagipun kita akan diberikan rebat/ subsidi dalam bentuk wang tunai sebanyak 600lebih semasa membuat pembayaran road-tax bermula 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009. Errr..setahun je ke dapat rebat? Dan lagi katanya, subsidi untuk makanan akan ditambah supaya dapat dinikmati oleh setiap rakyat.
Dan lagi...ada berita baik...harga untuk NGV adalah kekal! Apa kata kita ramai-ramai install enjin NGV?? Tak perlu risaukan harga petrol yang setiap tahun naik!
Looking back
1 year ago
1 comment:
hi dok,,memang tension ni...kesian..kalau org yang pendapatan rendah dari aku...suck gov
Post a Comment