Friday, January 27, 2006

Happy Chinese New Year!

Selamat menyambut tahun anjing to Buddhist all over the world! Ishhhh....

No time to update. Too busy finishing outstanding job before a long long holiday (but until wednesday only).

Thursday, January 19, 2006

Gas Ammonia di kampung den

Pemandu lori tampil akui lupus toksik

Oleh Suffian Abu Bakar

SEGAMAT 18 Jan. - Tey Tian Seng, 30, hanyalah pemandu lori dan orang biasa. Dia diupah membawa kandungan yang tidak diketahuinya untuk ditanam di beberapa tempat di Johor.
Namun, selepas dia mengetahui benda yang dibawanya telah menyebabkan penduduk Kampung Sungai Gatom, Labis menderita pencemaran ammonia, dia tidak dapat tidur malam.


Perasaan bersalah yang amat sangat, menghantuinya. Malah keluar rumah pun dia takut.
Akhirnya hari ini, ditemani seorang peguam dia menggagahkan diri membuat pengakuan kepada umum.


Apa yang memeranjatkan dalam pengakuan itu: Dua lagi lokasi di Johor dipercayai menjadi tempat pembuangan beribu-ribu tan sisa toksik selain Kampung Sungai Gatom di Labis itu.
"Saya meminta maaf kepada semua penduduk Labis yang terlibat dalam kejadian ini (gas ammonia). Sebenarnya saya sendiri tidak tahu benda ini boleh menjadi besar kerana saya tidak tahu kandungan bahan yang saya bawa.
Sejak kejadian itu saya tidak boleh tidur lena dan saya juga sedia bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk menyiasat perkara ini setelah mendapat nasihat daripada peguam saya,'' katanya.

Tian Seng mungkin seorang yang `lurus bendul' - tidak tahu apa-apa. Tetapi apa yang sebenarnya sudah berlaku? Siapakah yang bertanggungjawab dan dalangnya?

Fenomena yang berlaku ini menyebabkan orang ramai kini berfikir, tertanya-tanya dan keliru dengan fungsi JAS. Agensi itu yang sepatutnya mengawasi perjalanan sisa toksik itu ke tempat pelupusan yang ditetapkan, seolah-olah `tutup mata' dan lepas tangan.


Lebih menghairankan, sehingga kini pun - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Adenan Satim dan Ketua Pengarah JAS, Datuk Rosnani Ibarahim tidak buka mulut, walaupun insiden di Kampung Gatom sudah berlaku seminggu lalu.

Utusan Malaysia dalam laporan eksklusif muka 1 Khamis 12 Januari lalu mempersoalkan JAS ekoran kejadian di Kampung Gatom itu. Akhbar itu bertanya mengapa sisa toksik berbahaya itu terlalu mudah dibuang sesuka hati, sedangkan JAS mempunyai sistem dikenali sebagai Sistem Penjejakan Sisa Berjadual (E-Swiss). E-Swiss akan memastikan sisa-sisa itu tiba ke destinasi `terakhir' di loji pelupusannya di Kualiti Alam di Bukit Nenas, Negeri Sembilan.
Tetapi berdasarkan kejadian demi kejadian ini memperlihatkan ada `unsur-unsur yang tidak kena' telah berlaku.


Sementara itu, peguam Tian Seng, Pang Hok Liong berkata, pihaknya juga meminta supaya JAS Melaka bertanggungjawab dalam soal itu kerana agensi terbabit sepatutnya mempunyai data-data mengenai jumlah bahan buangan yang dihasilkan oleh sesebuah kilang, termasuk jumlah yang sepatutnya dilupuskan.

Tian Seng berjanji menyalurkan semua maklumat yang diperlukan kepada JAS.
Dia yang memiliki tiga buah lori muatan 10 tan mengaku menjadi pihak ketiga iaitu syarikat pengangkutan yang diupah oleh sub-kontraktor kepada pemilik sebuah kilang di Melaka untuk mengangkut dan membuang sisa toksik di ketiga-tiga lokasi. Dia yang mendakwa tidak mengetahui bahan yang diangkut adalah sisa toksik menerima upah RM50 satu tan atau RM500 bagi sebuah lori 10 tan mulai Oktober sehingga Disember lalu.


Kampung Sungai Gatom di Labis menarik perhatian seluruh negara apabila lebih 300 penduduk terpaksa berpindah setelah terhidu gas ammonia dari sebuah tapak pembuangan sisa toksik di tebing Sungai Gatom pada 8 Januari lalu.

Tian Seng yang bercakap melalui peguamnya mendakwa, Kampung Sungai Gatom adalah lokasi ketiga selepas dua lokasi lain dijadikan tempat pembuangan sisa toksik sepanjang tempoh tiga bulan itu.

Dia mendakwa menerima tugasan melalui subkontraktor pada Oktober lalu untuk mengangkut bahan buangan dari sebuah kilang yang terletak di Melaka ke tiga tempat berasingan.

Katanya, dia bersama dua lagi pemandu lori mengangkut sisa toksik itu beberapa hari sebulan dengan kekerapan tiga kali ulang alik setiap hari."Kesemua bahan yang diambil dari kilang itu dalam bentuk serbuk tanah dan batu, tidak diletakkan dalam kontena, tong atau kotak aluminium dan kami hanya diberitahu ia adalah bahan buangan dari kilang. Sepanjang proses mengangkut bahan tersebut, muatan bahan itu hanya ditutup dengan kain kanvas biasa serta diikat rapi,'' jelasnya pada sidang akhbar bersama peguamnya itu di Dewan Pertubuhan Kebajikan Chun Chiu di sini.

*Kesian orang kampung kena tinggal kat balairaya. Apa lah sesuka buang sisa toksik merata-rata. Patutnya setiap kilang patut ada prosedur untuk bawa keluar sisa-sisa toksik dari kilang. Walau ada prosedur sekali pun, mesti buat endah tak endah sebab tu la perkara macam ni berlaku. Sampaikan pemandu lori pun taktau apa kandungan barang yang diangkutnya tu.

Sekolah-sekolah berdekatan pun kena tutup sekolah satu hari. Dah rugi syllabus satu hari.

Thursday, January 12, 2006

A Trip To Bintulu

This year raya aji, we all celebrate di Bintulu. Mak mentua, adik ipar n family dan kami sefamily.

Untuk pegi ke KLIA tu, kitorang booking KLIA Taxi untuk datang pickup dekat rumah 10:30 pagi di Seremban Jaya. Ingatkan taxi tu akan delay (biasa la kannn...), rerupanya on time pulak dia sampai. Pukul 10:10 am macam tu, taxi driver call tanye location rumah. Masa balik dari Bintulu pun, kitorang ambik budget taxi dari KLIA. Tunggu pun tak lama. Dapat tiket, tunggu sekejap, nah dah ada taxi. Bagus la service KLIA Limo ni.

For those yang nak booking KLIA taxi buleh call,
1) To KLIA - 03-9223 8080 (8:00 - 00:00)
03-8787 3030 (00:00 - 8:00)
2) From KLIA - 03-8787 3678 (24 hours)

Masa di Bintulu, tak ke mana-mana pun. Rumah mak lang selesa. Semi D, double storey. And every places ada aircond except dapur and toilet lah. Hehehehe...Dengan ada cik mek molek, me and hubby prefer duduk rumah jer. Niat nak ke Bintulu pun, sebab nak melawat Mak Lang. Tambah lagi, nak jalan sendiri memang tak reti la. So, gelang-gelang kristal tu aku tak tau menahu pun Fara! Sampai la aku balik sini and check my blog. Uhuk uhuk uhuk!

Dakara coy-chan, doko he mo ikanakatta node, erina-chan igai no syashin wo toranakatta. Hehehehe
Image hosted by Photobucket.com

Erina dalam flight

3K (Kaya, Kacak atau Kelakar)

Seperti biasa ke tempat keje, radio pilihan yang sering kudengari ialah Pagi di Era. Topik pagi ni ialah kalau kita nak memilih pasangan yang mana satu menjadi pilihan, Kaya, Kacak atau Kelakar? Ada satu sms yang dibacakan oleh K&K (Khairil & Kiran), lebih baik kita pilih kelakar sebab kalau kaya, ada kemungkinan kita akan jatuh miskin. Kalau kacak, lama kelamaan akan jadik tua jugak. Tapi kalau kelakar, akan senantiasa kelakar.

But to me, kalau kelakar tapi tak berduit pun tak buleh jugak. Sekarang pegi mana-mana pun mesti nak kena guna duit. Kalau jalan kat dalam KL tu, mesti ada tol. For example, semalam one of my friends nak pegi Menara Telekon buleh sesat sampai ke Kelana Jaya. 4 tol dia kena! Nanti kalau ada anak pulak, mana nak cari duit hantar anak pegi sekolah, makan pakai anak, sakit anak? One of the callers cakap thru her experience yang husband dia cuma keje kilang jer mungkin operator kot. Walaupun family *hantai, dia still nak kahwin dengan mamat ni. Dia cakap dia gaji besar, takpe dia buleh cover. But end up, dia terpaksa bekerja selama 7 ari seminggu untuk cover monthly expenses dia. Kesian kan?

Kalau pasangan kita kacak pun, risiko tinggi jugak. Biasanye kalau orang kacak, ramai yang pandang. Dia pun mungkin rasa saham dia tinggi. Kang ada pulak dia bukan satu lagi branch. Sapa jugak yang susah?

So my conclusion is, biarla ada ketiga-tiganye tapi dalam kuantiti yang sederhana. Tak terlampau kacak tapi sedap mata memandang. Tak la kelakar sangat, tapi still ada sense of humour. Tak la kaya raya sangat, tapi berduit la jugak.

Kesederhanaan itu penting...

*hantai = objection

Friday, January 06, 2006

Akemashite Omedetou Gozaimasu!!

*Akemashite Omedetou Gozaimasu! Happy New Year! Selamat Tahun Baru!!!!!! Azam baru? Tak semestinye setiap tahun baru kite kena azam baru.

Nothing much to say just Happy New Year eventhough today already 6th January.

Tomorrow, my hubby, me and of course my little kiddie erina will taking a flight going to Bintulu. Bintulu, in my mind only a small town in Sarawak. Still don't know whether we can go sight-seeing or not since I have Erina. She's still small and I feel unsecure to bring her jalan-jalan.


*Akemashite Omedetou Gozaimasu = Happy New Year

Wednesday, November 23, 2005

New lullaby for Erina-chan

somewhere over the rainbow
way up high
there's a land that i heard of
once in a lullabysomewhere over the rainbow
skies are blue
and the dreams that you dare to dream
really do come true
some day i'll wish upon a star
and wake up where the clouds are far behind me
where troubles melt like lemondrops
away above the chimney tops
that's where you'll find me


-was taken from baby&watashi blogspot :-) -

Erina Nabilah (Beautiful,noble & magnanimous lady....Wowww)

Lama sangat tak update blog ni. Last week dah start keje. Cuti 2 bulan rasa sekejap sangat. Erina Nabilah selamat melihat dunia ni pada 26/09/05.

Sometimes betul la apa orang cakap. Bila baby dah lahir, papa/ mama becomes number 2. It happened to me this morning. Darling want to call me but instead of finding my number in his contact list, he looking for Erina. Hahahah...Mana nak jumpa, Erina kan baby and takde contact number lagi. *Jyoudan jyanai yo, Papa!


Image hosted by Photobucket.com
my sweet erina

Wednesday, August 17, 2005

35 weeks

Aiyorkkk...tolong....lagi berapa minggu jerk nak bersalin ni...takut ada, excited pun ada...moga-moga selamat la mama dengan baby ni..insya allah amin...

Skang pun dah macam terasa yang baby ni macam tak muat lagi nak duduk dalam perut mama dia...bebila masa jerk dia buleh kuwar skang ni...

Monday, July 04, 2005

Akhirnya...

Akhirnya, semalam adikku mendaftar juga gi KUTKM, Melaka. Rupa-rupanya ramai jugak rakan-rakan dia dari matriks yang sama yang dioffer dengan course IT. Takpe la, mungkin student sains hayat ni tak dapat nak dihantar untuk buat engineering course sebab diorang tak ambik subjek fizik masa kat matriks.

Kudoakan adikku berjaya hendaknya...

Friday, June 24, 2005

Boleh ke macam tu?

Ari ni adik-adik yang sudah pun tamat matrikulasi dan setaraf boleh check permohonan mereka untuk kemasukan ke IPTA pada Julai ini. Termasuk la adik kami yang telah tamat matriksnya di sebuah kolej matrikulasi di selatan semenanjung Malaysia. Adik ambik jurusan Sains Hayat.


Pagi ni, sampai saja opis terus on pc. Masuk satu laman web untuk check status adik, tapi masih tak berupdate lagi. Padahal dah pukul 8:15am. Kenapa tak update dari pukul 12 tengah malam ye? Dah la awal-awal ari tu suruh kita check pada 22 Jun, dipostponednye ke tarikh 24 Jun. Tapi pagi 24 Jun masih tak update lagi? Okay, fine, kami buat keje lain dulu. Dekat pukul 9 am, kami check sekali lagi. Okay dah boleh check. Tapi problemnye........hey, apesal ade error pulak? Diorang tak compile and debug dulu ke before onlinekan program tu? Ish APE SUDAH JADI?? Takkan nak suruh kami user ni debug sendiri pulak....Memang tak puas hati.

Takpe la, disebabkan website yang disediakan oleh orang yang sepatutnye tak boleh diguna-pakai, adik check kat website yang lain. Dan resultnya dah ada di sana. Macamana student Sains Hayat boleh dapat course Interactive Media pulak ni? Memang susah nak paham. Adik memang tak berminat. Masa dia isi borang ari tu, dia pilih semua yang berkaitan dengan Food Science, ada jugak Farmasi dan Sains Pertanian. Satu pun tak sangkut. So macamana yer sekarang? Kena buat rayuan la untuk tukar course kan? Hmmmm...susah jugak ye...

Wednesday, June 22, 2005

Pahang - Episode 3 (Day 2)

2nd day in Pahang.
Took our breakfast and went out. The first place we went that day, was the Legend Hotel which is located nearby Cherating Beach. Bukan ape, sebab ade ofismate yang stayed hotel ni dengan wife dia. Best la swimming pool die. Besar dan luas. Tapi besar lagi swimming pool kat Tiara Beach Resort, Port Dickson. Puas hati!

After looking around that hotel, kami bergerak ke Kuala Kemaman. On the way tu singgah ke Club Med Cherating. Memang orang lain tak boleh masuk. Berpagar tinggi. Members jerk boleh masuk dalam. Pantai pun seems private beach jerk.

Teruskan perjalanan sampai kami Kemaman town. Nothing to see so we decided to turn back to Kuala Kemaman. Cari sampai jumpa Masjid Geliga (which is kubah dia kaler emas) turn left. Straight to simpang tiga dan belok ke kanan. Depan skit jerk, dan warung-warung jual satar, otak-otak, keropok lekor, keropok etc are on your right. Eventhough we had took our lunch (di restoran atas tasik yang kami dah tak ingat nama tempatnye), kami makan jugak 1 set satar and otak-otak. Sedap!! Kami beli keropok lekor dan keropok untuk dibawa pulang sebagai ole-ole.

Balik ke Kuantan, solat Asar di hotel dan keluar semula ke shopping mall. Heheheheh...hubby ade saja barang nak dicarinya. Dinner pulak, kami ke kopitiam yang lain. Hubby met his friend there. Kebetulan, ada football match di Astro (Man U vs Arsenal if I'm not mistaken) membuatkan suasana dalam kedai tu lebih meriah lagi.

Pahang - Episode 2 (Day 1)

It has been a long long day until i updated this blog today. Still about my trip to Pahang. The first place we visited in Pahang was their shopping mall, Berjaya Shopping Mall. Hehehehehe....Memang kami suka sangat pegi shopping. Window shopping pun okay la. Mana-mana shopping complex sama je la kan. Then, after did some shopping, we went to refresh ourselves at Starbuck.

Lepas tu kami pegi satu lagi shopping complex sebab nak carikan my mom hair treatment cream. So, kami pegi cari outletnye. Akak yang bukak outlet tu memang sangat friendly. Dia inform kat kami tempat-tempat makan yang menarik yang patut kami pegi. She suggested us to try eat Satar (a kind of otak-otak) at Kuala Kemaman, and drink coffee at kopitiam in Kuantan Town (an article about this kopitiam was published in our local newspapers few weeks ago).

At night, we took our dinner at one of seafood restaurant somewhere in Kampung Nelayan. No special dishes, but tomyam, asparagus and fried prawn. (Think i should buy digital camera so that I can take a pic to remember).

The night was still young...we decided to try kopitiam in Kuantan town. The coffee was so delicious and it tasted different than any coffee I'd ever had. Marvellous!!

Thursday, May 05, 2005

Trip to Pahang (30/04/05 ~ 02/05/05) - Episode 1

Hari ni baru la boleh "bernafas" sikit. Semalam first day masuk opis lepas cuti 4 renkyuu (asalnye 3 renkyuu jerk). Punye la banyak keje2 yang nak kena buat, quotation itu la, quotation ini la, Monthly Report la etc. Yang paling tertekan sekali, translation la sebab ari ni due date. Actually due date last Friday lagik (29/04) tapi tak sempat jugak nak siap. Ari ni baru buleh buat daily job macam biasa.
Citer pasal trip ke Pahang tempoh hari, memang syok. Rileks jerk. Takde nak rush2 pun. On the way nak pegi pun, hubby bawak kete serileks yang mungkin. Katanye, kite ni nak cuti2 malaysia so takyah la nak kelam kabut. Takde ape pun yang nak dikejar.
Kami bertolak dari Senawang lebih kurang 11 lebih pagi lepas segala urusan kat rumah tu selesai. Mak nak datang umah (mak selalu singgah seremban kalau nak ke KL) sebab Ahad nak pegi rumah abang kat Gombak. So, before tinggalkan rumah Sabtu tu, kami sapu dan mop dulu lantai kat rumah tu. Segan la kat mak kalau lantai rumah berabuk tebal seinci. Nasib baik ada hubby yang rajin menolong. Lepas pastikan lantai bersih, sampah dah terbuang, rumah berkemas, baru kami tinggalkan rumah.
Disebabkan kami dari Senawang, jadi kami ambil keputusan ikut jalan biasa je ke Pahang. Sambil2 tu buleh la tengok pemandangan2 menarik. Kami banyak lalu kawasan2 Felda, jadi pokok2 yang kami nampak sepanjang jalan banyak pokok getah dan kelapa sawit.

Monday, April 25, 2005

Baby's Name

Still not decide our baby's name yet. Memang nama untuk baby girl dah ade, itu pun arwah abah (hubby's late dad) bagi dengan arwah Intan bagi. So, diri ini ingat nak combine jerk la dua nama tu. Tapi nama untuk baby boy pulak takde. Orang cakap kalau kita prepare nama untuk baby girl jerk, maybe baby girl yang keluar nanti. Skang baru 4 months++, so tak dapat tahu lagik whether si kecik inside baby girl or boy. Any gender, tak kisah la asalkan baby sihat, sempurna, cukup sifat etc....

Walau macamana pun ade kawan bagi url address ni, so bebila free diri ini buleh carik our baby's name.


http://www.muslim-names.co.uk

Friday, April 22, 2005

Natsukashii naaaa....

Tengah-tengah buat keje ni, teringat pulak email dari sorang kohai* baru-baru ni. Dia bagitau yang Satou otousan call dia kat opis to do him some favour. Satou san ni host family kat Fukushima waktu diri ini study di Jepun dulu. Orangnya sangat baik dan dah tua sangat. Buleh panggil atok tapi kitorang panggil Satou Otousan* jek. Teringat dulu kalau ada free di ujung minggu, kami bebudak Malaysia mesti akan berkunjung ke rumahnye. Rumah dia pun masya allah, besarnya berbeza dengan rumah kami yang student ni. Heheheheh....
Natsukashii naaaaa.....*

Teringat pulak masa arwah Intan Mazwin (
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Mukadepan/20050213093912/Article)
sama-sama dengan kami dulu....diri ini la yang terasa sangat kot....sedih sangat bile terpikir yang diri ini tak sempat bawak arwah jalan2 carik makan di IKEA. Taktau la kenapa, asalkan kami calling2 jerk mesti arwah tanye biller nak bawak die pegi IKEA.....teringat lagi masa kami sewa satu rumah dulu (arwah setahun muda dari diri ini), kalau balik kelas sama atau weekend kami mesti akan keluar Fukushima-shi*. Biasa la window shopping, karaoke (dulu2 every week pegi jengah karaoke ni, memang beza dengan karaoke kat Malaysia ni), shopping, pinjam cd/ video kat BOM dalam Fukushima-eki* etc. Tapi tu semua dulu, beberapa tahun lepas, kini arwah dah takde lagi. Terasa sunyi betul sebab arwah memang banyak cakap. Sometimes diri ini terasa rindu sangat nak bercakap dengan dia, tangan ni gatal jerk nak dail nombor dia tapi...apakan daya Tuhan lebih menyayanginya...Sedih lagi bila mengingatkan yang arwah bukan pergi seorang, tapi die bawak pegi sekali 3 adik dia yang semuanye terpelajar dan comel-comel belaka. Ya Allah, Engkau tempatkanlah roh kawan-kawan diri ini di kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah.....

Japanese - Malay Dictionary
Kohai - Junior
Otousan - Ayah/ bapa
Natsukashii na - Nostalgic
Fukushima-shi - Fukushima town
Fukushima-eki - Fukushima station (train station)


First time blogging!

Hi world!
This morning, a friend of mine gave her blog address. Looking at her blog make me feel excited to have my own one. My boss is not in the office today, other service member went out to customer and only me and one of my colleague left in the office. So I take this opportunity to start mine.

What to write in this blog? I got totally no idea!

Well, I will campur 3 languages in my blog so please don't gam me because of using bahasa rojak. Hehehehe....