Tuesday, May 09, 2006

Epilepsi atau Sawan

Antara punca-punca:
1) Jangkitan atau infeksi otak (ensifilatis, meninjitis, cacing pipih, skistosomiasis dan malaria adalah beberapa contoh jangkitan biasa yang menyebabkan epilepsi) muncul pada bila-bila waktu sahaja dalam kehidupan seseorang.
2) Kekurangan oksigen, atau pendarahan dalam otak sewaktu trauma kelahiran.
3) Komplikasi akibat mengalami penyakit lain seperti sakit buah pinggang atau hati.
4) Penyakit keturunan dan keadaan genetik tertentu seperti tuberos sclerosis.
5) Kecederaan parah di otak.
6) Ketumbuhan di otak, saluran darah luarbiasa atau kecacatan saluran darah dalam otak.
7) Penyakit degenerasi otak, seperti Penyakit Alzheimer atau Penyakit Creutzfeld-Jacob
akibat komplikasi selepas strok.

(*sumber dari http://www.epilepsy.org.my)

Antara punca-punca di atas, tidak ada yang menyebabkan Erina diserang sawan buat pertama kali pagi sabtu
lepas.

Pagi yang indah, walaupun Sabtu tapi disebabkan jadual kerja company hubby kena pergi keje. Macam biasa, jaga Erina sorang-sorang memang tak jadi hal lah. Cuma Erina takut tinggal sorang-sorang. Kalau mama dia pegi dapur atau tempat lain, mula lah dia menjerit. So, baik tidurkan saja dia. Ingatkan dia dah tidur, boleh la sambung kerja-kerja dapur. Mana tau dia tersedar dan mula menangis dan menjerit. Cepat-cepat pegi calm downkan dia dan tepuk-tepuk suruh tidur semula. Bila rasa dia dah lena, pegi dapur semula untuk sambung kerja.

Tak sampai beberapa minit, dengar dia menangis lagi. Haiii..anak mama ni manja betul lah!! Pergi semula dekat Erina, dan tepuk-tepuk lagi. Agak-agak dah lena, lari ke dapur semula. Kejap tu, dengar lagi dia menangis. So, adegan tepuk-menepuk dan lari ke dapur sambung kerja berulang beberapa kali.

Last sekali, Erina tidur membelakangkanku. Tiba-tiba badan dia menggeletar. Kuat! PANIK toksah cerita! Dengan kita yang tinggal berdua dengan baby kecil, bila terjadi sesuatu hal mungkin tidak dapat berfikir dengan waras. Erina yang kecik dan menggeletar tu kukendong keluar rumah. Dalam fikiran, macam kena sawan je ni.

Cuba tengok mulut dia. Dia ketap gusi (gigi takde lagi, ketap gusi lah). Kumasukkan jari dalam mulut dia. Sib baik la lom ada gigi, kalau tak mau putus jari kena gigit. Sambil tu, tangan sebelah lagi, terkial-kial telefon makcik babysitter yang jaga Erina untuk minta tolong. Makcik takde, tapi nasib baik anak-anaknya sudi datang membantu. Cubaan ketiga, baru dapat call hubby. Sepantas kilat dia balik.

Tak lama lepas tu, Erina sedar. Perasan pun sebab dia hisap jari yang ada dalam mulut dia tu. Tapi badan dia lembik selembik lembiknya. Kami hantar Erina ke CAMC, Seremban. Tak de nak pegi registration, terus tuju ke Emergency Room. Nurse di situ timbang berat Erina, check suhu & ambilkan darah untuk buat blood test. Dalam bilik Dr. Yee, doktor pun tak dapat nak pastikan apa yang sebabkan Erina kena sawan. Sepatutnya baby yang demam panas je yang berisiko. Tapi Erina sihat, tak demam. Mungkin ada bleeding dalam kepala/ otak tapi Erina tak pernah jatuh.

Mungkin Erina asyik nangis, diam, nangis, diam balik atau emosi yang kerap berubah-ubah yang menyebabkan Erina kena.

Buat masa sekang, Dr. Yee tak beri apa-apa ubat dan Erina skang under observation. Kalau terjadi untuk kali kedua, Papa dah decided untuk proceed dengan CT-scan untuk check bleeding dalam otak dan ambil ubat. Ubat tu mesti ambil sampai Erina umur 2 tahun.

Apa-apa pun skang, Mama dengan Papa sentiasa ada di sisi Erina supaya Erina tak takut-takut lagi.

(seriusnya entry kali ni)

7 comments:

ujen said...

Cian BB Erina...
Mama& Papa Erina gambatte ne.
Kena bagi perhatian lebih.
Yang susah bila ada Baby sebab dia tak boleh bercakap..sakit ke apa ke kita kena ada sense utk kenal pasti..Tapi biasanye Naluri seorg ibu mmg betul..

Anonymous said...

Siannya baby erina.
my 2nd son pun epilepsi jugak. start masa umur 4 bulan. sama macam baby erina jugak, tak ada panas apa-apa pun. kena nyuin 10 hari jugak la. dah buat MRI la 脳波検査la. tapi tak jumpa apa-apa pun. pastu ambik ubat sampai umur 4 tahun.

in my son case, side effect ubat tu, lambat bercakap. dekat nak sekolah pun still tak lancar. but don't worry. my niece yang ada epilepsi(now she is 18 already) dapat 6A dalam SPM. masa kecil jer taihen sikit. demo daijoubu. if you need any help, just mail me.

Little Samourai said...

shuhada, mintak2 lah lepas ni tak kena lagi. kirim salam odaiji from auntie coy to erina. mama dia byk lagi nengok cerita hantu ke sebb tu dia jadik penakut... :-P

Fara said...

kesiannya erina, kalau aku jadi ko, mmg la aku panic habis .. hopefully semua OK takder apa2 yg serious la ... kalau budak2 sakit ni kesian sangat kan? :-(

Love Sweet Recipes said...

Ujen,
Koki pun ada sense. Dia rasa tak sedap ati pukul 10.30 dan cakap ngan opismate. Opismate tanye, anak sakit ke, dia cakap pagi tadi okay jerk. About 10.45 Erina kena.

Kak Hani,
Sampai 4 tahun ek son kak hani kena ambil ubat. Kalau kena 2nd time baru papa Erina nak proceed ke CT-scan or MRI. Kalau worst, baru ambik ubat.

Kak Coy,
Memang mintak sangat la tak kena lagi. Takut la kalau tinggal dengan Erina berdua jerk skang ni. We all tak tengok citer hantu lagi la ni. Heheheheh

Tgazfa,
Memang kesian sangat lah! Apa-apa sakit pun harap transfer lah kat mama. Sebab mama tau apa yang sakit.

Anonymous said...

Sabar byk2 Hada...I know how you feel....

Love Sweet Recipes said...

Thanks Anum,
Ni baru sorang. Hanum dah 3, mesti macam2 ada kan...